Hukum Solat Qiyamullail Berjamaah
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
❓Soalan:
Apakah hukum melakukan solat qiamullail secara berjamaah?
✅Jawapan kami:
Wa alaikum salam..
Solat qiamullail/tahajjud tidak disunnatkan dilakukan secara berjamaah. Namun jika dilakukan secara berjamaah, ia tetap dibolehkan.
نص الشافعي رحمه الله على أنه لا بأس بالجماعة في النافلة
Maksudnya: Telah naslah oleh Imam Syafei r.h bahawa tidak mengapa melakukan solat sunnat (solat sunnat yang tidak disunnatkan berjamaah) secara berjamaah.
(Al-Muktamad Li Dr. Mohammad Az-Zuhaili)
Ini juga kerana melihat kepada perbuatan Ibn Abbas yang solat tahajjud bersama Nabi sallallahu alaihi wassalam di rumah Sayyidah Maimunah. (Muttafun alaih)
Wallahu a'lam
Oleh Ustaz Aizuddin @AyyuziAlUsimi
🌐USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
👉🏼 https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat (Q&A Ibadah) MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Hukum Solat Qiyamullail Berjamaah"
Post a Comment