Hadith Tidur Pada Awal Subuh Menyekat Rezeki



Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Ulasan Ustaz Muslim berkenaan hadith di atas:

Hadis الصبحة تمنع الرزق / بعض الرزق (tidur pada awal subuh menyekat rezeki)

Hadis ini diriwayatkan dari dua sahabat iaitu Anas ra dan Uthman bin Affan ra.

1. Sanad riwayat Uthman ra dinukil oleh Abdullah bin Ahmad (زوائد المسند), al Baihaqi (شعب الإيمان), al Qudhaie (مسند الشهاب), Ibnu Adi (الكامل) dll berkisar pada jalur perawi Ismail bin Ayyash daripada Ishaq bin Abi Farwah yang sangat lemah. Terdapat sanad lain dibawa oleh Abu Nuaim (حلية الأولياء) tetapi melalui perawi Sulaiman bin Arqam yang sangat lemah juga (متروك).

2. Sanad riwayat Anas ra dinukil oleh al Baihaqi (شعب الإيمان) juga berkisar pada perawi sama. Ismail bin Ayyash daripada Ibnu Abi Farwah. Menurut Ibnu Adi, Ibnu Abi Farwah kadang kala menukar antara Anas dan Uthman. 

Ibnu Abi Farwah dinilai oleh ulama, antaranya sebagaimana berikut:

1. Al Bukhari : تركوه
2. Ahmad : لا تحل الرواية عنه
3. Ali al Madini : منكر الحديث
4. Abu Hatim : متروك

Hadis ini telah dikomen oleh para ulama seperti al Syaukani, al Sakhawi, al Sayuti ibnu Araqi dan al Ajluni tanpa menyatakan palsu. Bahkan al Tahawi (شرح مشكل الآثار) dan al Zarkasyi (التذكرة) hanya menilai hadis ini dhaif. Manakala ibnu Jauzi dan al Saghani menyatakan palsu. Dua tokoh ini seperti kata al Laknawi, mudah menghukum sesuatu hadis sebagai palsu. Ibnu Jauzi telah membawa penilaian sebahagian ulama terhadap ibnu Abi Farwah, namun tiada yang menilainya pendusta.

Qadhi صبغة الله al Hindi (ذيل القول المسدد) telah mengkritik penilaian ibnu Jauzi. Katanya :

قلت ابْن أبي فَرْوَة هُوَ إِسْحَاق بن عبد الله بن أبي فَرْوَة الْأمَوِي مَوْلَاهُم الْمدنِي رَوَى لَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيّ تكلمُوا فِيهِ لَكِن لم يتهم بِالْكَذِبِ نعم لَهُ مَنَاكِير وعد ابْن عدي هَذَا الحَدِيث من مَنَاكِيره وَكَونه مُنْكرا لَا يسْتَلْزم أَن يكون مَوْضُوعا

"Aku berkata: ibnu Abi Farwah ialah Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah al Umawi - bekas hamba mereka - al Madani. Abu Daud dan al Termizi telah meriwayatkan untuknya. Mereka telah mengkritiknya tapi tidak menuduhnya dengan penipuan. Ya, beliau mempunyai (riwayat yang) mungkar, dan ibnu Adi menganggap hadis ini daripada (riwayat) mungkarnya. Dirinya yang mungkar tidak semestinya menjadi palsu"

Dari segi maknanya, terdapat banyak hadis lain terutama amalan atau perkataan sahabat dan tabien yang menyokong tegahan tidur awal subuh. Riwayat sokongan makna ini telah dinukil oleh al Tahawi (شرح مشكل الآثار), al Sayuti (اللالئ), al Sakhawi (المقاصد), al Ajluni (كشف الخفاء), al Baihaqi (الآداب), صبغة الله (ذيل القول المسدد), ibnu Araqi (تنزيه الشريعة) dll dengan begitu banyak. Seperti riwayat Ibnu Zubair, Anas, Fatimah, Aisyah, ibnu Abbas, Abdullah bin Amr, Khawat bin Jubair, Alqamah bin Qais, Tawus dll. Kata ibnu Araqi: وشواهده الْمَوْقُوفَة كَثِيرَة.

Al Munziri dalam kitab الترغيب والترهيب telah memuatkan hadis ini dan seumpamanya dalam bab :
الترغيب في البكور في طلب الرزق وغيره , وما جاء في نوم الصبحة

Begitu juga dengan ibnu Qayyim ketika membicarakan tentang panduan Nabi SAW dalam tidur dan bangun turut menyentuh tidur awal pagi ini dan kesannya terhadap rezeki. Katanya (زاد المعاد) :
ﻭﻧﻮﻡ ﺍﻟﺼﺒﺤﺔ ﻳﻤﻨﻊ ﺍﻟﺮﺯﻕ؛ ﻷﻥ ﺫﻟﻚ ﻭﻗﺖ ﺗَﻄﻠﺐ ﻓﻴﻪ ﺍﻟﺨﻠﻴﻘﺔُ ﺃﺭﺯﺍﻗﻬﺎ ، ﻭﻫﻮ ﻭﻗﺖ ﻗﺴﻤﺔ ﺍﻷﺭﺯﺍﻕ ﻓﻨﻮﻣﻪ ﺣﺮﻣﺎﻥ ، ﺇﻻ ﻟﻌﺎﺭﺽ ، ﺃﻭ ﺿﺮﻭﺭﺓ . ﻭﻫﻮ ﻣﻀﺮ ﺟﺪﺍً ﺑﺎﻟﺒﺪﻥ؛ ﻹﺭﺧﺎﺋﻪ ﺍﻟﺒﺪﻥ ، ﻭﺇﻓﺴﺎﺩﻩ ﻟﻠﻔﻀﻼﺕ

Kesimpulannya, hadis ini sangat dhaif tetapi maknanya sangat benar insya Allah. Wallahualam.

Nota: Albani, Ahmad Syakir dan Arnaut juga menilainya sangat dhaif. Cuma kata Arnaut : sangat dhaif, serupa mauduk.

tambahan;

Penilaian al-'Allamah as-Saghani mahupun al-Hafiz Ibn al-Jawzi bukan satu2nya penilaian yg muktamad. Ini kerana mrk hanya menilai salah satu sahaja jalan riwayat. Sy tidak pasti di mana al-Muhaddith Abu Ghuddah menyokong penilaian as-Saghani. Merujuk kpd nota kaki kitab al-Masnu’ (h. 230), al-Muhaddith Abu Ghuddah sebenarnya bukan menyokong penilaian as-Saghani. Beliau hanya memetik kata2 Imam at-Tibi yg sedang memetik kata2 al-'Allamah as-Saghani utk penjelasan lain, bukan bertujuan utk menilai hadis berkenaan.

Al-Hafiz al-Haithami pula hanya mengatakan perawinya daif dan bukan menilainya sangat daif. Lihat semula petikannya:
عن عثمان قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: " «الصبحة تمنع الرزق» ". رواه أحمد، وفيه إسحاق بن أبي فروة، وهو ضعيف.اهـ كلام الهيثمي
Jika Ishaq bin Abi Farwah itu dikatakan matruk atau sangat daif sekalipun, hadis tersbt ada diriwayatkan dgn jalur riwayat lain oleh at-Tahawi dlm Syarh Musykil al-Athar, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, Ibn al-Ghitrif dlm juzuk hadisnya dan Ibn 'Asakir dlm Tarikh Dimasyq. Maka, ini tentu dapat mengurangkan kesan status sangat daifnya. 

Maka, sewajarnya penulis membawakan satu lagi pandngan yg hanya mengatakan statusnya daif atau tidak palsu. Selain al-Hafiz al-Haithami, yg turut mengatakan statusnya daif atau tidak palsu ialah Imam at-Tahawi dlm Syarh Musykil al-Athar, al-Hafiz as-Suyuti dlm al-La’ali al-Masnu'ah, al-Hafiz as-Sakhawi dlm al-Maqasid, al-Muhaddith Ibn 'Arraq dlm Tanzih as-Syari'ah, al-Muhaddith al-'Ajluni dlm Kasyf al-Khafa’ dan al-'Allamah al-Madrasi al-Hindi dlm Zail al-Qaul al-Musaddad yg berkata: "...dan sifatnya sbg munkar tidak semestinya menjadikan ia palsu”. Apatah lagi jika trdapat syawahid (riwayat2 sokongan) pada maknanya dan amalan para salaf sptmn yg dpt dirujuk dlm kitab2 berkenaan.

Hadis daif ini dapat diguna pakai sebagai tarhib (mengancam) utk kita tidak membiasakan diri bersifat malas-malasan dgn tidur pada waktu pagi tanpa sebarang sebab atau keuzuran. Meskipun hal ini tidak dituntut secara tegas krn kedaifan hadisnya, namun mengambil sikap berhati2 dan khuatir rezeki dihalang itu adalah lebih baik. Hadis2 daif sebegini sentiasa terkait dgn syiar Islam yg sahih: (حي على الفلاح).

Wallahu a'lam.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Hadith Tidur Pada Awal Subuh Menyekat Rezeki"

Post a Comment

Thank you for your comments