Harta Yang Digadai (rahnu) Wajib Dizakati Sekiranya Cukup Nisab dan Haulnya



Dari Group Telegram MSO-D16 : Muamalat dan Ekonomi Islam


🍎 Soalan:

emas beratnye dlm lebih 100g...gadai kat arrahnu...kene kuar zakat x ...mohon pencerahan ustaz...

Jawapan kami;

Harta yang digadai (rahnu) wajib dizakati sekiranya cukup nisab (kadar wajib) dan haulnya (tempoh setahun) menurut pendapat majoriti ulamak. Kewajipan tersebut adalah tanggungjawab empunya harta kerana ia masih dikirakan memiliki pemilikan yang sempurna (al-Majmuk 316/5). Sebaliknya, jika emas itu tidak memenuhi syarat tersebut, maka ia tidak wajib dikeluarkan zakat.

Justeru, kadar nisab emas yang wajib dikenakan zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

1) Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang disimpan dan dipakai wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Nisab zakat emas yang disimpan (tidak dipakai) ialah 85 gram. Ulama sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, wajib dikenakan zakat. Kadar zakat emas ialah rubu'al-usyur iaitu satu perempat puluh atau dua setengah peratus (1/40 atau 2.5%) daripada nilai emas semasa sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya.

2) Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Barang kemas yang tidak dikenakan zakat selagi ianya tidak melebihi had pemakaian yang dibenarkan. Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun, jika ia melebihi 'uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5 % atas nilai emas yang dipakai.

Zakat emas perhiasan wanita akan dikenakan berdasarkan nilai uruf. Uruf bererti cara dan corak pemakaian wanita tempatan. Zakat emas perhiasan ini tertakluk kepada ketetapan lembaga zakat negeri masing-masing. Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia;

1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.

2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram

3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000

5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram

12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)

اليسع

Wallahu a'lam.

0 Comment "Harta Yang Digadai (rahnu) Wajib Dizakati Sekiranya Cukup Nisab dan Haulnya"

Post a Comment

Thank you for your comments