Hukum Sentuh Ayat Quran Dalam Gadjet





Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Ustaz...saya ingin bertanya..adakah saya boleh menyentuh ayat al quran yg dipaparkan di skrin telefon pintar tanpa ada air sembahyang? Al quran tersebut  yg telah saya muat turun, bukan terjemahan.
Mohon pencerahan.

Jawapan kami;

Harus memegang dan menyentuh handset yang mempunyai perisian al-Quran ketika berhadas kerana ia hanya merupakan sinaran sahaja dan tidak dianggap sebagai mushaf. Sementara kriteria mushaf adalah berbentuk tulisan secara nyata (kitabah) dan bertujuan untuk pembelajaran (dirasah).

Namun, terdapat juga pendapat yang dipegang oleh Habib Muhammad bin Ahmad al-Syatiri dalam Syarh al-Yakut al-Nafis yang menyatakan bahawa setiap sesuatu yang mengandungi suara atau tulisan daripada al-Quran seperti kaset, disket dan seumpamanya dikategorikan juga sebagai mushaf bagi langkah untuk lebih berhati-hati (Maslak al-Muridin 20).

Wallahu a'lam

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum Sentuh Ayat Quran Dalam Gadjet"

Post a Comment

Thank you for your comments