Beza Sedekah & Hadiah
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Assamualaikum Ustaz. Ada satu soalan di sini. Adakah terdapat perbezaan antara hadiah dan sedekah? Contoh kalau kita memberi wang kepada ustaz selepas kuliah (bukan penganjur majlis, tetapi sebagai jemaah), bagaimana perlu diniatkan?
Jawapan kami;
Setiap pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan ‘atiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama. Cuma yang membezakannya adalah tujuan pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala, maka ia adalah sedekah. Jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa. (al-Mausu‘ah al-Fiqhiyah: 26/324).
Wallahu a'lam.
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
0 Comment "Beza Sedekah & Hadiah"
Post a Comment