Waktu Berniat Puasa



Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz
Saya nak tanya boleh ke kita dah niat nak puasa sunat hari isnin , lepas imsak iaitu selepas subuh , dalam pukul 8 kita
tukar niat kepada puasa ganti pula ?

Jawapan kami;

Salah satu syarat niat untuk melaksanakan puasa wajib seperti puasa Ramadhan, puasa qadha, puasa nazar dan puasa kaffarah adalah berniat pada waktu malamnya. Masuk waktu harus berniat adalah bermula dari maghrib hingga sebelum terbit fajar (subuh).

Oleh itu, jika puasa qadha yang ingin anda laksanakan itu diniatkan selepas waktu subuh, maka puasa tersebut tidak sah dilakukan untuk puasa qadha. Namun, anda boleh meneruskan puasa tersebut sebagai puasa sunat sahaja
(Mughni al-Muhtaj 621/1, al-Taqrirot 440).

اليسع

Wallahu a'lam.

USRAH SOLAT DAN Q&A MSO
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Waktu Berniat Puasa"

Post a Comment

Thank you for your comments