Jarh Ulama Ahli Hadis Kepada Ulama Ahli Ra'yi


Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Soalan:

lafaz tersebut bukan lafaz yang biasa digunakan dalam al-Jarh & al-Ta'dil.
Adakah penjelasan yg lain selain, barangkali Ibn al-Mubarak cuba x menjawab secara jelas, sbb status Nuh bin Abi Maryam jelas dan masyhur sbg pendusta yg sangat rapuh?

Ulasan Ustaz Muslim:

Dalam riwayat lain daripada ibnu Mubarak, dengan jelas beliau mengatakan Nuh bin Abi Maryam memalsukan hadis. Riwayat ini boleh dipegang sebagai pendapat ibnu Mubarak. Manakala lafaz yang samar atau mempunyai isi tersirat diketepikan atau difahami dalam konteks lafaz sorih.

Wallahualam.

Ulasan Ustaz Khafidz:

Jarh ulama ahli hadis kepada ulama ahli ra'yi memang berlaku..

Menurut Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah dlm ulasannya ke atas kitab Zafar al-Amani fi Syarh Mukhtasar al-Sayyid al-Syarif al-Jurjani (hlm. 573-574) Abu ‘Ismah Nuh ibn Abi Maryam adalah tokoh ulama Marw di Khurasan, dan dari kalangan orang-orang yang bersifat benar dan beragama, serta kuat menentang golongan Jahmiyyah, seperti yang disebut di dalam Tahdhib al-Kamal oleh al-Mizzi dan al-Sunnah oleh ‘Abd Allah ibn Ahmad ibn Hanbal. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Imam Abu Hanifah dan al-Qadi Abu Yusuf.

Malah ‘Abd Allah ibn al-Mubarak dan Syu‘bah ibn al-Hajjaj turut meriwayatkan hadith daripadanya, sepertimana yang disebut di dalam al-Kamil oleh Ibn ‘Adi. Menurut Ibn ‘Adi, meskipun beliau daif, boleh ditulis hadithnya. Menurut Syeikh ‘Abd al-Fattah lagi, mereka yang menuduh Abu ‘Ismah sebagai pendusta tidak pun mendatangkan dalil terhadap dakwaan tersebut, melainkan beliau hanya disebut sebagai seorang yang mudallis (melakukan kesamaran dalam periwayatan) serta meriwayatkan hadith-hadith munkar, sedangkan kedua-dua sifat tersebut tidaklah memudaratkan keadilannya selama tidak terbukti bahawa beliau sengaja berbuat demikian dan berniat negatif.

Kisah yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Madkhal ila al-Iklil dan diikuti oleh Ibn al-Jawzi di dalam al-Mawdu‘at mengenai pemalsuan hadith kelebihan al-Quran surah demi surah oleh Abu ‘Ismah ini sebenarnya adalah riwayat yang daif, kerana periwayat kisah berkenaan, Abu ‘Ammar adalah salah seorang di antara dua perawi berikut ; iaitu sama ada seorang perawi yang tidak dikenali (majhul), ataupun seorang perawi yang tidak pernah bertemu dengan Abu ‘Ismah. 

Namun, penafian status Abu ‘Ismah sbg pemalsu hadis ini tidaklah terus menjadikan hadis2nya sahih kerana beliau adalah pengumpul semua jenis riwayat tanpa sebarang penapisan.

Wallahu a'lam.

Pertanyaan Ustaz Muslim:

Bagaimana pula dengan jawapan ibnu Mubarak bila ditanya mengenai Nuh bin Abi Maryam :

يضع كما يضع معلي؟

Pandangan Ustaz Khafidz:

Mungkin jika dapat dibuktikan senarai hadis2 palsu rekaan Nuh bin Abi Maryam (selain hadith kelebihan  surah-surah al-Quran yg dinafikan di atas) baru dapat dipastikan kebenaran jarh Imam Ibnu al-Mubarak tsb.

kata Ibn 'Adi:
وانما سمى الجامع لأنه أخذ الراى عن أبى حنيفة وابن أبى ليلى

jika tidak dpt dibuktikan, kemungkinan ia merujuk kpd Jarh ulama ahli hadis kepada ulama ahli ra'yi .

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Jarh Ulama Ahli Hadis Kepada Ulama Ahli Ra'yi"

Post a Comment

Thank you for your comments