Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Assalamu'alaikum Ustaz.. Ada sedikit pertanyaan dan keraguan yg perlukan pencerahan drp Ustaz..
Apakah hukum seorang lelaki yang memakai cincin suasa, sebagai perhiasan? Terima kasih
Jawapan kami;
Haram bagi lelaki memakai suasa sepertimana yang disebutkan dalam beberapa rujukan antaranya;
- Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam Sirat al-Mustaqim
- Syeikh Muhammad Syafi'i al-Fatani dalam Pelita Penuntut
- Syeikh Abd Qadir al-Mandili dalam Beberapa Mutiara Yang Bagus Lagi Indah
- Fatwa Brunei siri 4/86
- Laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000
Hal ini kerana, suasa adalah bahan yang diperbuat daripada campuran emas dan perak serta tembaga.
Disebutkan oleh Ibn Qasim;
(وقليل الذهب وكثيره) أي استعمالهما (في التحريم سواء)
"Penggunaan emas baik sedikit maupun banyak, sama dalam segi keharamannya."(Fath al-Qarib).
Wallahu a'lam.
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa"
Post a Comment