Untuk Solat Zohor Wanita Tidak Perlu Tunggu Lelaki Selesai Solat Jumaat
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
🔴Soalan:
Salam ustz nk tya klu hari jummat kn lelaki solat kt masjid ore ppuan solat kt rumah. Soalannye blh ke ppuan solat ble masuk azan zohor atau kne tggu ore lelaki pulang dri masjid bru blh solat
✅Jawapan kami
Wa alaikum salam
Kaum hawa boleh terus menunaikan solat zohor apabila masuknya waktu. Tidak perlu menantikan kaum lelaki selesai solat jumaat. Ini kerana wanita tidak diwajibkan jumaat.
ومن وجبت عليه الجمعة لم يصح إحرامه بالظهر قبل سلام الإمام
Maksudnya: Siapa wajib Jumaat ke atasnya, maka tidak sah takbir ihram zohornya sebelum salam imam.
Hukum berkaitan menantikan sehingga jumaat selesai baru melaksanakan zohor adalah terkait dengan mereka yang wajid hadir jumaat. Wanita tidak terikat dengan hukum ini kerana wanita tidak wajib jumaat.
Mukhaddimah Hadramiyyah
Wallahu a'lam
Oleh Ustaz Aizuddin @Aiyyuzi Al-Usimi
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Untuk Solat Zohor Wanita Tidak Perlu Tunggu Lelaki Selesai Solat Jumaat"
Post a Comment