Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Assalamualaikum. Nak Tanya.. Bila kita berdehem time solat, batal ke solat? Pernah baca kt internet, batal solat. Nak kan kepastian.
Jawapan kami;
Terdapat beberapa keadaan berdehem dalam solat
sepertimana berikut;
1.1 Berdehem ketika membaca bacaan wajib (seperti al-Fatihah, tasyahhud akhir, selawat dalam tahiyyat akhir) tanpa keuzuran dan tahu mengenai hukumnya sehingga terzahir 2 huruf atau 1 huruf yang difahami, maka solatnya batal (351/1).
1.2 Berdehem ketika membaca bacaan wajib (seperti al-Fatihah, tasyahhud akhir, selawat ketika tahiyyat akhir) dengan keuzuran (seperti tidak mampu meneruskan bacaan wajib tersebut tanpa berdehem) sehingga terzahir 2 huruf atau 1 huruf yang difahami, maka solatnya tidak batal (I'anah 351/1).
1.3 Berdehem ketika membaca bacaan sunat (seperti membaca surah, qunut) dengan keuzuran dan tahu mengenai hukumnya sehingga terzahir 2 huruf atau 1 huruf yang difahami, maka solatnya batal. Namun, berkaitan berdehem ketika menyebut zikir intiqolat (seperti takbir intiqolat, sami’allahu liman hamidah) maka berlaku perselisihan pendapat di kalangan mutaakkhirin. Menurut Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansori dan Ibn Hajar, harus berdehem ketika itu sekiranya ada keperluan untuk imam memperdengarkan zikir tersebut kepada para makmum. Manakala menurut al-Ramli dan al-Khatib al-Syirbini, ianya tidak diharuskan (I'anah 352/1).
1.4 Berdehem yang sedikit (mengikut 'uruf) tanpa kawalan, maka solatnya tidak batal (I'anah 356/1).
1.5 Berdehem dalam keadaan tidak mengetahui tentang hukumnya (boleh membatalkan solat) maka solatnya tidak batal (I'anah 359/1).
1.6 Tidak wajib mufaraqah sekiranya makmum mendengar imamnya berdehem sehingga terzahir 2 huruf atau 1 huruf yang difahami kerana diandaikan imamnya terlupa atau luar kawalannya (Taqrirot 262, I'anah 352-353/1).

Nota tambahan:
Kitab I’anah al-Thalibin atau judul lengkapnya "Hasyiah I'anah al-Thalibin 'ala Hall Alfazh Fath al-Mu'in" merupakan karya al-‘Allamah ‘Abu Bakr Utsman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri (1300H),
Wallahu a'lam.
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Berdehem Yang Boleh Membatalkan Solat"
Post a Comment