Status Kisah Saidina Umar Al-Khatab Bermimpi Rasulullah


Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Jawapan Ustaz Muslim:

Kisah tersebut diriwayatkan oleh imam Abdul Razak (المصنف), Ibnu Abi Syaibah (المصنف), al Bazzar (المسند), Abu Nuaim (الحلية), al Baihaqi (معرفة السنن) dll daripada sahabat Umar bin al Khattab melalui jalur perawi Umar bin Hamzah bin Abdullah bin Umar al Khattab.

Umar bin Hamzah menurut Ibnu Hajar (المطالب), ulama berbeza pandangan mengenai statusnya. Kebanyakan menilainya dhaif seperti ibnu Ma'in, al Nasaie dan Ahmad bin Hanbal. Manakala menurut al Hakim, hadis beliau lurus (مستقيمة). Kata Ibnu Adi, hadisnya ditulis (ممن يكتب حديثه). Umar bin Hamzah juga salah seorang dari perawi imam Muslim (رجال مسلم) dan imam Bukhari ada menukil hadis mu'allaq (tergantung sanad) daripadanya secara pasti (jazam) memuatkan syair :

وابيض يستسقى الغمام بوجهه # ثمال اليتامى عصمة للارامل

Berdasarkan khilaf, al Bushiri (اتحاف الخيرة) telah mendaifkan sanad kisah ini secara khusus. Setengah ulama lain seperti al Tahawi dan al Zaila'i telah menolaknya dengan menyatakan bahawa kisah ini bercanggah dengan hadis nabi dan amalan Umar ra sendiri.

Di pihak yang lain, Ibnu Hajar (تغليق التعليق) pernah menilai hasan sebuah hadis yang diriwayatkan melalui Umar bin Hamzah daripada Salim. Katanya :

وَقد وَصلهَا بِذكر أَسمَاء الْمَذْكُورين عَن سَالم عَن أَبِيه ابْن أَخِيه عمر بن حَمْزَة بن عبد الله بن عمر أخرجه أَحْمد من طَرِيقه وَإِسْنَاده حسن وَالله أعلم
# begitu lah susunan nama daripada maktabah syamilah.

Ibnu Hajar (تخريج أحاديث المختصر) juga ada memberi komen terhadap kisah ini sebagai jawapan kepada dakwaan percanggahan. Ulasannya :

قلت: وهو من أفراد مسلم، وقد اختلف فيه، ويمكن الجمع بين ما نقل عن عمر من روايته ورأيه بالتفصيل الذي ذكره الجمهور، وهو كراهة ذلك إن تحرك القبلة شهوته دون غيره.
قال البيهقي: كان عمر قويا في باب الجماع فلذلك جاء عنه ذلك.

"aku berkata : beliau antara perawi Muslim. Telah berlaku khilaf mengenainya. Mungkin boleh dihimpunkan apa yang dinukil daripada Umar al Khattab mengenai riwayatnya dan mimpinya dengan penjelasan jumhur (ulama), iaitu makruh demikian jika ciuman itu menggerakkan syahwatnya sahaja. Kata al Baihaqi : Umar ra kuat dalam bab jimak. Oleh itu hal tersebut datang (diriwayatkan) darinya."

Wallahualam.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Status Kisah Saidina Umar Al-Khatab Bermimpi Rasulullah"

Post a Comment

Thank you for your comments