Batal Solat Jika Bawah Dagu Wanita Terbuka Dengan Sengaja



Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Salamm...ana nk tye stu soalan...bawah dagu prempuan aurat jgk kew..mtk pncerahan...

Jawapan kami;

Menurut mazhab Syafi'i, aurat wanita ketika solat adalah seluruh badannya melainkan muka dan tapak tangan (depan dan belakang tapak tangan hingga pergelangannya). Justeru, bawah dagu termasuk dalam bahagian aurat wanita ketika solat. Sehubungan itu, sekiranya bawah dagu wanita terdedah atau terbuka dengan sengaja ketika solat, maka solatnya batal.

Walaubagaimanapun, menurut mazhab Hanafi dan Maliki, bawah dagu wanita tidak termasuk dalam bahagian auratnya ketika solat. Oleh itu, menurut mazhab tersebut, solat wanita yang tidak menutup bahagian bawah dagu adalah sah (Qurrah al-'Ain bi Fatawa Ismail al-Zain).

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Batal Solat Jika Bawah Dagu Wanita Terbuka Dengan Sengaja"

Post a Comment

Thank you for your comments