Puasa Putih (Ayyamul Bidh)




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz! Maaf ganggu. saya baru baca psl puasa putih di channel ustaz, apa itu puasa putih? tak pernah dgrr 😨

Jawapan Kami:

Termasuk dalam hari2 yang disunatkan puasa ialah pada hari2 bulan purnama iaitu pada 13, 14  dan 15. Dinamakan ayyammal baidh atau malam2 bulan purnama kerana malamnya yang terang dgn cahaya bulan purnama dan siangnya dengan cahaya matahari.  hari2 tersebut pula harus di kira melalui bulan hijrah.  3 hari ketika bulan mengambang penuh itu kalau diterjemahkan secara literal akan membawa maksud hari2 putih [أيام البيض ]

[rujukan: al feqh Islami wa adillatuh/ jilid 2: hlm 588/cetakan Darul fikr]

Antara dalil hadis yg menganjurkan berpuasa hari2 ayyam al Baidh ialah hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim drp Abu Hurairah r.a.

[Rujukan: Misykaatul Masoobeh/jilid 1: hlm 189/penerbit: 
المعهد العالي للتفقه في الدين]

Wallahu a’lam

oleh Ustaz Aziz

USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Puasa Putih (Ayyamul Bidh)"

Post a Comment

Thank you for your comments