Sifat Kritikan Pada Perawi Hadith
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
Soalan:
Salam .. nk tnya asatizah di sini. Jika ada seorang ulama hadith menjarhkn seseorang perawi hadith itu, adakah itu bermaksud sifat/perangai keseluruhan seorang perawi itu atau hanya dihukum perawi itu buat masalah pada hadis berkenaan/atau hadis yg dibincangkan?
Contohnya:
Ada sebuah Hadith tentang hari kiamat, dalam sanad hadis ini terdapat seorang perawi yang bermasalah bernama Abu. Ulama hadith memberi kritikan kepada Abu seperti dibawah:
Bukhari: متهم بالوضع
Yahya ibn Ma'in: منكر
Nasa'i: متروك
Daruqutni: متهم بالكذب
Jadi persoalannya di sni, adakah kritikan itu pada sifat KESELURUHAN perawi tersebut atau kritikan pada perawi itu HANYA berdasarkan pada hadis dibincangkan di atas ?
Jawapan Ustaz Khafidz:
وعليكم السلام ورحمة الله
Pada asalnya, jarh kpd seseorang perawi hadith itu secara umum adalah khusus dalam soal periwayatan hadis shj, tidak termasuk keseluruhan sahsiah dan hal peribadinya yang lain. Kecuali jika perawi itu terang2 melakukan bidaah yg menyebabkan hukum kafir (بدعة مكفرة). Adakalanya jarh itu bermaksud sifat keseluruhan seorang perawi itu dlm hal periwayatan hadis dan adakalanya jarh perawi itu hanya pada hadis tertentu shj krn dimursalkan, ditadliskan/di'an'ankan dsb.
Adakalanya jarh bertembung dgn taadil, sekiranya jarh tidak dijelaskan sebabnya, maka dipakai hukum taadil. Sekiranya dijelaskan jarh tsb, baru dipakai hukum jarh. Tetapi jika ada unsur2 perselisihan mazhab, hasad dengki, persaingan pengaruh, semberono dsb kemungkinan hukum jarh tetap tidak dipakai.
Jarh yg dikeluarkan juga perlu disemak adakah ia drp kalangan mutasyaddidin, mu'tadilin atau mutasahilin.. kesemuanya mmberi kesan kpd hukum hadis. Termasuk dilihat dari sudut hadis ahkam atau hadis fadhail, jika skadar hadis fadhail harus melonggarkan syarat penerimaan. Manakala hadis tentang hari kiamat yg tidak melibatkan usul dan lbh kpd tarhib, pada pandangn sy harus dilonggarkan syarat penerimaan.
Namun jika jarh/ kritikan pd perawi itu secara berat (ضعف شديد) dan disepakati pula oleh semua ulama al-jarh wat taadil (مجمع على تركه) spt dlm contoh diberikan, maka secara tekniknya hadis tsb boleh ditolak, lebih2 lagi apabila maknanya memang tidak disokong oleh mana2 dalil naqli dan aqli.
Wallahu a'lam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Sifat Kritikan Pada Perawi Hadith"
Post a Comment