Solat Qada' di Waktu Haram
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
🔴Soalan:
Bolehkah buat solat qada' pada waktu yg dilarang untuk solat tu?
sekian, terima kasih
Jawapan kami;
Secara asasnya, solat qadha’ tidak ditegah untuk dilaksanakan pada waktu-waktu yang diharamkan solat. Walaubagaimanapun, jika seseorang itu sengaja bermaksud untuk melewatkan sesuatu solat yang bukan empunya waktunya dalam waktu yang diharamkan solat, maka hukumnya adalah haram dan solat itu tidak sah walaupun ianya merupakan solat qadha’ yang wajib disegerakan (jika ditinggalkan tanpa keuzuran) kerana (alasan) dia telah dikira menentang hukum syarak.
Namun, jika tujuan melewatkan sesuatu solat yang bukan empunya waktunya dalam waktu yang diharamkan solat itu kerana kebetulan atau kerana sebab yang tertentu (bukan dengan niat sengaja melakukannya pada waktu tahrim tersebut) seperti mengerjakan solat jenazah selepas sembahyang Asar dengan harapan agar ramai jemaah bersolat, maka hal itu adalah diharuskan.”(Nihayah al-Muhtaj 386/1, Tuhfah al-Muhtaj 443/1, Hasyiah I‘anah Tolibin 1/199-200).
Hal ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar radhiallahu anhuma, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda;
لَا تَحَرَّوْا بِصَلَاتِكُمْ طُلُوعَ الشَّمْسِ وَلَا غُرُوبَهَا
"Janganlah kalian bermaksud (sengaja) melaksanakan solat kamu pada waktu matahari terbit dan juga waktu terbenamnya." (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Nasaei, Ahmad dan Malik).
http://tolibilmi.blogspot.my/2015/12/qadha-solat.html?m=0
Oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
0 Comment "Solat Qada' di Waktu Haram"
Post a Comment