Matan Aqidah al-Awam (57 bait) susunan al-Allamah al-Sayyid Ahmad Marzuqi al-Maliki رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في الدارين ءامين - Bait 5

بسم الله الرحمن الرحيم

Matan Aqidah al-Awam (57 bait) susunan al-Allamah al-Sayyid Ahmad Marzuqi al-Maliki رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في الدارين ءامين

Bait 5

Kata pengarang رحمه الله تعالى ;

وَبَعْدُ فَاعْلَمْ بِوُجُوْبِ الْمَعْرِفَةْ
مِنْ وَاجِبٍ ِللهِ عِشْرِيْنَ صِفَةْ

"Setelah itu (apa yang dikemukakan tadi), ketahuilah tentang kewajiban mengenal Allah Taala daripada sifat yang wajib bagi Allah Taala iaitu 20 sifat."


Penerangan;

Sifat-sifat yang wajib bagi Allah Taala, yang wajib diketahui dengan tafsil (satu persatu) iaitu 20 sifat :

1) Wujud (ﻭﺟﻮﺩ) = Ada

2) Qidam (ﻗﺪﻡ) = Sediakala/Tiada permulaan

3) Baqa' (ﺑﻘﺎﺀ) = Kekal

4) Mukhalafatuhu lil hawadis (ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ) =Berbeza dengan makhlukNya

5) Qiyamuhu binafsih (ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ) = Berdiri sendiri

6) Wahdaniyat (ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ) = Esa

7) Qudrat (ﻗﺪﺭﺓ) = Kuasa

8) Iradat (ﺇﺭﺍﺩﺓ) = Berkehendak

9) Ilmu (ﻋﻠﻢ) = Mengetahui

10) Hayat (ﺣﻴﺎﺓ) = Hidup

11) Sama'un (ﺳﻤﻊ) = Mendengar

12) Basar (ﺑﺼﺮ) = Melihat

13) Kalam (ﻛﻼﻡ) = Berbicara

14) Kaunuhu qadiran (ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭ) = KeadaanNya yang berkuasa

15) Kaunuhu muridan (ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ) = KeadaanNya yang berkehendak menentukan

16) Kaunuhu 'aliman (ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ) = KeadaanNya yang mengetahui

17) Kaunuhu hayyan (ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ) = KeadaanNya yang hidup

18) Kaunuhu sami'an (ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ) = KeadaanNya yang mendengar

19) Kaunuhu basiran (ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ) = KeadaanNya yang melihat

20) Kaunuhu mutakalliman (ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ) = KeadaanNya yang berbicaraال

Wallahu a'lam.

Klik link ini untuk join group Nota Aqidah:
https://telegram.me/aqidah_Islam

0 Comment "Matan Aqidah al-Awam (57 bait) susunan al-Allamah al-Sayyid Ahmad Marzuqi al-Maliki رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في الدارين ءامين - Bait 5"

Post a Comment

Thank you for your comments