Status Hadith Menyembunyikan Ilmu
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
Soalan:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
As salam..nak tnya sahih x hadis ni??👆👆👆
Jawapan oleh Ustaz Muslim:
مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ عَلِمَهُ ثُمَّ كَتَمَهُ أُلْجِمَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ.
Hadis ini diriwayatkan dengan pelbagai lafaz yang berbeza daripada ramai sahabat seperti sayidina ibnu Abbas, ibnu Mas'ud, ibnu Umar, ibnu Amr, Abu Hurairah, Abu Sa'id al Khudri, Anas bin Malik , Talq bin Ali, Jabir bin Abdullah, Amr bin Abasah dan Aisyah r.a. Begitu juga, jalur para sahabat ini dikeluarkan oleh ramai ulama hadis terdahulu dalam kitab mereka seperti imam Abu Daud, al Termizi, Ahmad, ibnu Majah, Abu Ya'la, al Tabarani, al Baihaqi, al Bazzar, ibnu Abi Syaibah, al Hakim, ibnu Hibban, ibnu Abdil Bar, Abu Nuaim dan lain lain. Sumber dan jalur sanad yang begitu banyak hampir membuatkan Sheikh Ja'far al Kattani (نظم المتناثر) meletakkannya sebagai mutawatir.
Kebanyakan jalur riwayat daripada para sahabat ini dikritik. Riwayat yang paling elok ialah riwayat Abu Hurairah dan Abdullah bin Amr. Penilaian terhadap riwayat Abu Hurairah dari pelbagai jalur sanad sebahagiannya seperti berikut :
1. al Uqaili (الضعفاء الكبير) : sanad yang baik (إسناد صالح)
2. ibnu Hajar (القول المسدد) : baik untuk berhujah (صالح للحجة)
3. al Munziri (مختصر السنن) : sanad Abu Daud hasan
4. Al Termizi (سنن الترمذي) : hadis hasan
5. Sahih ibnu Hibban
6. Al Hakim (المستدرك) : sahih berdasarkan syarat Bukhari Muslim
7. Al Zahabi (التلخيص) : memperakui penilaian al Hakim
8. Al Baghawi (شرح السنة) : Hadis hasan
9. Dan lain lain.
Riwayat ibnu Amr pula dinilai sahih oleh al Hakim dan dipersetujui oleh al Zahabi, juga oleh ibnu Qayyim. Walau bagaimanapun, terdapat kritikan daripada beberapa ulama seperti al Qattan terhadap dua riwayat ini. Kerana itu, ibnu Hajar menyatakan hadis Abu Hurairah ini bukanlah amat sahih (القول المسدد)
Wallahualam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Status Hadith Menyembunyikan Ilmu"
Post a Comment