Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan 1:
Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya tentang isu jamak dan qasar. Sbg contoh, saya berasal dari kelantan dan belajar di seremban. Jadi sekiranya saya mahu pulang ke kg menaiki bas, dr manakah start saya boleh buat jamak dan qasar...
Boleh ustaz jelaskan
Terima kasih ustaz
Soalan 2:
Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya tentang isu jamak dan qasar. Sbg contoh, saya berasal dari kelantan dan belajar di seremban. Jadi sekiranya saya mahu pulang ke kg menaiki bas, dr manakah start saya boleh buat jamak dan qasar...
Boleh ustaz jelaskan
Terima kasih ustaz
Jawapan kami;
Harus lakukan jamak dan qasar apabila orang yang bermusafir telah melepasi kawasan perumahannya atau setelah melepasi kawasan karyahnya (Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, Sullam al-Sibyan).
Wallahu a'lam
Soalan 3:
Ustaz, bolehkah pesakit uzur yang merasa sukar untuk bangun membersihkan diri serta bersuci setiap kali masuk waktu solat, melakukan solat jamak?
Jawapan kami;
Menurut pendapat yang terpilih dalam mazhab Syafi'i, seseorang yang sakit diharuskan untuk menjamak dua solat fardhu (Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak), sama ada jamak taqdim atau takhir.
Justeru, ketentuan sakit yang diharuskan untuk menjamakkan solat tersebut adalah penyakit yang menyulitkan penderitanya mengerjakan solat pada waktunya (Hasyiah I'anah al-Tolibin).
Soalan 4:
Assalamualaikum Ustaz. Jika saya menetap di Johor Bahru, bolehkah saya
Solat jamak qasar sekiranya bermusafir ke Singapura?
Jawapan kami;
Harus melakukan jamak qasar sekiranya musafir tersebut bertujuan baik dan melebihi jarak 2 marhalah.
Terdapat tidak kurang daripada 16 pendapat berkaitan penentuan jarak 2 marhalah mengikut kilometer. Menurut pendapat yang paling sedikit adalah 75.6 km dan yang paling banyak adalah 129.5 km.
Soalan 5:
Assalamualaikum ust..
Permasalahan saya...
1) Sya dlm penerbangan semasa telah masuk waktu maghrib dan setelah sampai telah masuk waktu isyak..adakah blh saya jamak takhir setelah sampai dirumah...
2)Setelah blk dari musafir dan sampai dirumah adakah masih boleh jamak @ qasar sembahyang selama tempuh 3 hari (dirumah)..
Mohon Pencerahan ust...
Jawapan kami;
Tidak harus lagi melakukan solat jamak dan qasar kerana musafir, apabila seseorang yang musafir telah sampai ke tempat tinggalnya atau bermukim sebelum solat yang kedua selesai.
Justeru, solat yang pertama akan menjadi solat qadha' jika ia ditakhirkan hingga sampai ke tempat tinggalnya (Mughni al-Muhtaj 398, 411/1).
Wallahu a'lam.
Soalan 6:
as salam ustaz...
panduan solat musafir ada x..?
sy cme nk tau panduan solat jamak dan qasar..
Jawapan:
Panduan Solat Qasar Dan Jama'
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1. Solat Qasar
1.1. Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2. Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3. Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4. Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)
v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
2. Solat Jama’
2.1 Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1 Solat Jama’ Taqdim
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2 Solat Jama’ Ta’khir
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Sumber: JAKIM
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Persoalan Jamak & Qasar Solat"
Post a Comment