بسم الله الرحمن الرحيم
Matan Aqidah al-Awam (57 bait) susunan al-Allamah al-Sayyid Ahmad Marzuqi al-Maliki رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في الدارين ءامين
Bait 2;
Kata pengarang رحمه الله تعالى ;
فَالْحَمْدُ للهِ الْقَدِيْمِ اْلأَوَّلِ
اَلآخِرِ الْبَـاقِي بِلا َتَحَوُّلِ
"Maka segala puji bagi Allah Taala yang Maha Qadim (tiada permulaannya), lagi Maha Awal, Yang Maha Akhir, lagi Maha Kekal, tanpa perubahan (pentafsiran bagi sifat al-Baqa')."
Penerangan;
Penulis juga memulakan penulisan nazam ini dengan pujian bagi Allah Taala sebagai tambahan dalam penulisannya, iaitu pujian kepada Allah Taala yang Maha Qadim, Maha Awal, Maha Akhir dan Maha Kekal dengan lisan, di samping mengagungkanNya serta meyakini bahawa setiap pujian itu hanya layak bagi Allah Taala semata-mata.
Al-Qadim: Wujud tanpa permulaan dan kebinasaan
Al-Awwal: Wujud sebelum setiap sesuatu, tanpa permulaan
Al-Akhir: Wujud selepas setiap sesuatu, tanpa pengakhiran
Al-Baqi: Yang kekal tidak akan musnah
(Dr. Umar Abdullah Kamil).
Klik link ini untuk join group Nota Aqidah:
https://telegram.me/aqidah_Islam
Home
Aqidah Tauhid
Matan Aqidah al-Awam
Matan Aqidah al-Awam (57 bait) susunan al-Allamah al-Sayyid Ahmad Marzuqi al-Maliki رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في الدارين ءامين - Bait 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Matan Aqidah al-Awam (57 bait) susunan al-Allamah al-Sayyid Ahmad Marzuqi al-Maliki رحمه الله تعالى ونفعنا بعلومه في الدارين ءامين - Bait 2 "
Post a Comment