Ucapan Innalillah
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
Soalan:
Assalamu'alaikum,mohon pencerahan... Kita perlu sebut "Innalillahiwainnailaihirojiun" bukan ketika mendengar berita kematian seseorg sahaja kan? malah kalau orang tu ada accident macam kaki terpijak paku ke atau jalan2 sekali termasuk lubang ke,,macam tu pun boleh kan sebut "innalillahiwainnailaihirojiun"? itu yg sy faham selama ini..... tetapi baru2 ini sy dpt tahu yang kalau orang ditimpa kemalangan a.k.a accident yg mcm sy sbut tdi mcm terpijak paku,etc,,,,kita x sebut "innalillahiwainnailaihirojiun" sebaliknya kita sebut "syafakalllah"... Mohon pencerahan
Jawapan:
Ada diriwayatkan hadis2 tentang mengucapkan istirja‘ atau "Inna lillahi wa’inna ilaihi roji‘un" disbbkan hanya kerana terputus tali capal.. yang diriwayatkan daripada Abu Umamah RA, Abu Hurairah RA, Syaddad bin Aus RA, Syahr bin Hausyab RA, Anas bin Malik RA dan Abu Idris al-Khaulani secara mursal. Namun, kesemua sanadnya adalah daif.
Ini belum termasuk hadis-hadis dan athar-athar lain dalam bab yang serupa (lihat: ad-Dur al-Manthur). Pada zahirnya, maksud kesemua riwayat-riwayat tersebut saling kuat menguatkan antara satu sama lain, iaitu digalakkan mengucapkan istirja‘ atau "Inna lillahi wa’inna ilaihi roji‘un", walaupun pada musibah yg kecil.
Wallahu a‘lam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Ucapan Innalillah"
Post a Comment