Saf Solat Bercampur Kanak-kanak
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Cmna dgn makmum lelaki yg bwk anak kecil perempuan waktu solat n duduk sebelah dia...betulkah saf itu telah terputus?
Jawapan kami;
Saf solat jemaah tersebut tidak terputus. Hal ini dapat difahami daripada pernyataan yang disebutkan oleh Tuan Minal iaitu;
"Jika bercampur laki-laki dan kanak-kanak dan khunsa dan perempuan diperbuat satu saf, hasil pahala saf." (Kasyful Litham 43)
"Saf yg diselangi dengan mimbar atau dengan tiang itu, tiada putus safnya kerana ditilik pada uruf dinamakan saf yg satu jua." (Kasyful Litham 45)
Disebutkan juga oleh Ba 'Alawi;
"Jika ada di dalam saf sesiapa yang tiada sah sembahyangnya seperti ada najis padanya, atau ada lahn (seperti tidak betul bacaan Fatihahnya) atau pada saf yang di hadapan terdapat orang yang berkeadaan sedemikian, maka tidak luput fadilat jemaah mereka yang berada di belakang mereka.”(Bughyah al-Mustarsyidin 68).
Wallahu a'lam.
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Saf Solat Bercampur Kanak-kanak"
Post a Comment