Hukum Puasa Jumaat Tanpa Sekalikan Dengan Sabtu



Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)


Soalan:

As salam..ustaz nak tnya.. Kalau kita puasa hari jumaat tp tak puasa sabtu..bleh kew??

Jawapan kami;

Hukum puasa pada hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad secara bersendirian tanpa sebarang sebab adalah makruh. Disebutkan dalam al-Mukaddimah al-Hadhramiyyah;

ويكره إفراد الجمعة والسبت والأحد
"Dimakruhkan (puasa) secara bersendirian (menunggalkan) pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad."

Walaubagaimanapun, puasa tersebut hanya dimakruhkan dari sudut menyendirikannya, namun hukum puasa tersebut adalah sah.

Meskipun demikian, hukum makruh menyendirikan (menunggalkan) puasa pada hari-hari tersebut (Jumaat atau Sabtu atau Ahad) adalah sekiranya puasa pada hari-hari itu tidak bertepatan dengan hari kebiasaannya berpuasa atau tidak bertepatan dengan hari yang disunatkan puasa kerana sebab-sebab tertentu. Namun, sekiranya hari itu bertepatan dengan hari kebiasaannya berpuasa seperti kebiasaannya berpuasa sehari dan berbuka sehari (puasa Nabi Daud) atau puasa hari 'Asyura, hari Arafah, puasa qadha' dan nazar, maka hukumnya tidak makruh (Nihayah al-Muhtaj, Busra al-Karim).

Imam al-Nawawi mengatakan, “Ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa dimakruhkan berpuasa pada hari Jumaat secara bersendirian (ifrad). Namun jika diikuti puasa sebelum atau sesudahnya atau bertepatan dengan kebiasaan puasa seperti berpuasa nazar kerana sembuh daripada sakit dan bertepatan dengan hari Jumaat, maka tidaklah makruh.” (Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab).

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum Puasa Jumaat Tanpa Sekalikan Dengan Sabtu"

Post a Comment

Thank you for your comments