Hukum Wanita Bersolat Dalam Keadaan Memakai Purdah
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Assalamualaikum. Sy nk tnya berkenaan dgn muslimat yg solat dgn berniqab@ purdah. Boleh ke solat dlm keadaan berpurdah...? Sahkah solat @sujud dia?
Jawapan kami;
1. Makruh bagi seseorang wanita bersolat dalam keadaan memakai purdah melainkan jika dia bersolat di hadapan lelaki ajnabi yang sukar untuknya memelihara diri daripada pandangan lelaki tersebut. Sungguhpun demikian, wajib bagi wanita berpurdah itu membuka dahinya ketika sujud supaya syarat sah sujud dapat dipenuhi dengan sempurna (Fath al-'Allam, 173/2).
2. Sah sujud seseorang yang bersolat sekiranya memenuhi syarat-syarat sah sujud sepertimana berikut;
2.1 Sujud dengan 7 anggota badan iaitu dahi, dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan perut jari kedua-dua kaki
2.2 Dahi terbuka
2.3 Kepala ditekan sedikit ke tempat sujud
2.4 Tiada tujuan lain ketika sujud
2.5 Tidak sujud di atas sesuatu yang bergerak mengikut pergerakannya
2.6 Punggung lebih tinggi daripada kepala
2.7 Tamakninah ketika sujud
(Safinah al-Naja).
Wallahu a'lam.
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment " Hukum Wanita Bersolat Dalam Keadaan Memakai Purdah"
Post a Comment