Dari Group Fiqh Akhwat MSO D18 - Perkongsian Ustaz اليسع

Soalan:

Sy ade soalan psl bab munakahat ni ustz
Cmni...
Apa hukum pernikahan di malaysia, seorang lelaki islam indonesia yg kawen dgn wanita islam melayu dgn gunakan i/c lelaki islam melayu yg tlh mninggal dunia. Sah ke pernikahan tu? Mohon pencerahan.

Jawapan kami;
Hukum nikahnya sah. Salah satu syarat sah nikah adalah kedua calon pengantin sudah jelas ditentukan identitinya sama ada fizikal atau namanya. Namun, jika fizikalnya jelas tetapi berlaku perubahan pada namanya, baik disengaja atau tidak, hal ini tidak mempengaruhi keabsahan sesuatu pernikahan kerana diri pengantin yang dimaksud sudah nyata dan ditentukan (Mughni al-Muhtaj 150/3, Bughyah al-Mustarsyidin 200).
اليسع
Wallahu a'lam.

0 Comment " "

Post a Comment

Thank you for your comments