Hukum Mengerjakan Rukun Tawaf dan Sa'ie Untuk Diri Sendiri Sambil Menolak kerusi Roda Orang Lain
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Salam disini sy ada pertanyaan berkenaan hukum mngerjakan umrah.. Bolehkah sy mngerjakan rukun tawaf dan saie utk diri sy dan dalam masa yg sama menolak kerusi roda ibu sy yg juga sedang menjalankn umrah? Atau sy perlu menyelesaikan rukun sy terlebih dahulu kemudian baru menyelesaikan buat ibu sy,, jazakallah
Jawapan kami;
Harus mengerjakan rukun tawaf dan saie untuk diri sendiri dan dalam masa yang sama menolak kerusi roda orang lain yang juga sedang menjalankn umrah, asalkan dia dapat mengekalkan niat bahawasanya dia sedang melakukan tawaf (al-Idhoh).
Wallahu a'lam
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Hukum Mengerjakan Rukun Tawaf dan Sa'ie Untuk Diri Sendiri Sambil Menolak kerusi Roda Orang Lain"
Post a Comment