Hilyatul Auliya' |
al-Zuhd |
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
Soalan:
tuan tuan pakar hadis...mohon pencerahan..
terbaca hadis yang mengatakan " Saidatina Aisyah memberi sedekah 50,000 dirham sedangkan dia sendiri memakai pakaan yang bertampal dan compang camping."
hadis ni memang ada ke..sebab dari mana beliau mendapat sebegitu banyak wang.
Jawapan Ustaz Zulhusni Mat Resat:
Ada dalam al-Zuhd oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Hilyatul Auliya'...
Jawapan Ustaz Khafidz:
وفي الترغيب والترهيب:
ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﺎ ﻗﺎﻟﺖ: ﻗﺎﻝ ﻟﻲ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﺇﻥ ﺃﺭﺩﺕ ﺍﻟﻠﺤﻮﻕ ﺑﻲ ﻓﻠﻴﻜﻔﻚ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻛﺰﺍﺩ ﺍﻟﺮﺍﻛﺐ ﻭﺇﻳﺎﻙ ﻭﻣﺠﺎﻟﺴﺔ ﺍﻟﺄﻏﻨﻴﺎﺀ ﻭﻟﺎ ﺗﺴﺘﺨﻠﻘﻲ ﺛﻮﺑﺎ ﺣﺘﻰ ﺗﺮﻗﻌﻴﻪ.
ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ ﻭﺍﻟﺤﺎﻛﻢ ﻭﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ﻣﻦ ﻃﺮﻳﻘﻬﺎ ﻭﻏﻴﺮﻫﺎ، ﻛﻠﻬﻢ ﻣﻦ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﺻﺎﻟﺢ ﺑﻦ ﺣﺴﺎﻥ ﻭﻫﻮ ﻣﻨﻜﺮ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻋﻦ ﻋﺮﻭﺓ ﻋﻨﻬﺎ، ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺤﺎﻛﻢ: ﺻﺤﻴﺢ ﺍﻟﺈﺳﻨﺎﺩ. ﻭﺫﻛﺮﻩ ﺭﺯﻳﻦ، ﻓﺰﺍﺩ ﻓﻴﻪ:
ﻗﺎﻝ ﻋﺮﻭﺓ: ﻓﻤﺎ ﻛﺎﻧﺖ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺗﺴﺘﺠﺪ ﺛﻮﺑﺎ ﺣﺘﻰ ﺗﺮﻗﻊ ﺛﻮﺑﻬﺎ ﻭﺗﻨﻜﺴﻪ، ﻭﻟﻘﺪ ﺟﺎﺀﻫﺎ ﻳﻮﻣﺎ ﻣﻦ ﻋﻨﺪ ﻣﻌﺎﻭﻳﺔ ﺛﻤﺎﻧﻮﻥ ﺃﻟﻔﺎ، ﻓﻤﺎ ﺃﻣﺴﻰ ﻋﻨﺪﻫﺎ ﺩﺭﻫﻢ، ﻗﺎﻟﺖ ﻟﻬﺎ ﺟﺎﺭﻳﺘﻬﺎ: ﻓﻬﻠﺎ ﺍﺷﺘﺮﻳﺖ ﻟﻨﺎ ﻣﻨﻪ ﻟﺤﻤﺎ ﺑﺪﺭﻫﻢ؟ ﻗﺎﻟﺖ: ﻟﻮ ﺫﻛﺮﺗﻨﻲ ﻟﻔﻌﻠﺖ.
وللحديث شاهد عند أبي عبد الرحمن السلمي في الأربعين وأبي نعيم في الأربعين، وقال السخاوي: ورجاله ثقات.
Saidatina Aisyah RA bersedekah 80,000 dirham sedangkan dia sendiri memakai pakaian bertampal
وفي الترغيب والترهيب:
ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﺎ ﻗﺎﻟﺖ: ﻗﺎﻝ ﻟﻲ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﺇﻥ ﺃﺭﺩﺕ ﺍﻟﻠﺤﻮﻕ ﺑﻲ ﻓﻠﻴﻜﻔﻚ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻛﺰﺍﺩ ﺍﻟﺮﺍﻛﺐ ﻭﺇﻳﺎﻙ ﻭﻣﺠﺎﻟﺴﺔ ﺍﻟﺄﻏﻨﻴﺎﺀ ﻭﻟﺎ ﺗﺴﺘﺨﻠﻘﻲ ﺛﻮﺑﺎ ﺣﺘﻰ ﺗﺮﻗﻌﻴﻪ.
ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ ﻭﺍﻟﺤﺎﻛﻢ ﻭﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ﻣﻦ ﻃﺮﻳﻘﻬﺎ ﻭﻏﻴﺮﻫﺎ، ﻛﻠﻬﻢ ﻣﻦ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﺻﺎﻟﺢ ﺑﻦ ﺣﺴﺎﻥ ﻭﻫﻮ ﻣﻨﻜﺮ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻋﻦ ﻋﺮﻭﺓ ﻋﻨﻬﺎ، ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺤﺎﻛﻢ: ﺻﺤﻴﺢ ﺍﻟﺈﺳﻨﺎﺩ. ﻭﺫﻛﺮﻩ ﺭﺯﻳﻦ، ﻓﺰﺍﺩ ﻓﻴﻪ:
ﻗﺎﻝ ﻋﺮﻭﺓ: ﻓﻤﺎ ﻛﺎﻧﺖ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺗﺴﺘﺠﺪ ﺛﻮﺑﺎ ﺣﺘﻰ ﺗﺮﻗﻊ ﺛﻮﺑﻬﺎ ﻭﺗﻨﻜﺴﻪ، ﻭﻟﻘﺪ ﺟﺎﺀﻫﺎ ﻳﻮﻣﺎ ﻣﻦ ﻋﻨﺪ ﻣﻌﺎﻭﻳﺔ ﺛﻤﺎﻧﻮﻥ ﺃﻟﻔﺎ، ﻓﻤﺎ ﺃﻣﺴﻰ ﻋﻨﺪﻫﺎ ﺩﺭﻫﻢ، ﻗﺎﻟﺖ ﻟﻬﺎ ﺟﺎﺭﻳﺘﻬﺎ: ﻓﻬﻠﺎ ﺍﺷﺘﺮﻳﺖ ﻟﻨﺎ ﻣﻨﻪ ﻟﺤﻤﺎ ﺑﺪﺭﻫﻢ؟ ﻗﺎﻟﺖ: ﻟﻮ ﺫﻛﺮﺗﻨﻲ ﻟﻔﻌﻠﺖ.
Maksud;
Daripada A’isyah r.a berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah berkata kepada ku; “Jika engkau ingin mengikut jejakku (bersamaku di syurga) maka cukuplah dunia untuk mu sekadar bekal pengembara (musafir). Berhati-hati dengan majlis orang-orang kaya dan jangan biarkan pakaianmu usang sehinggalah kamu menampalnya”.
Hadis riwayat Imam tirmizi, Imam hakim dan Imam baihaqi drp jalur saidatina A’isyah dan dan jalur lainnya. Mereka semua meriwayatkan daripada saleh bin hassan, iaitu seorang yang dikenali sebagai munkarul hadis, daripada Urwah r.a, daripada A’isyah r.a.
Kata Imam hakim: sanad hadis adalah saheh.
Juga disebutkan oleh Imam Razen dengan tambahan;
Berkata Urwah r.a; “Tidaklah A’isyah menukar pakaian barunya sehingga dia menampal pakaiannya, dan membalikkannya. Sesungguhnya pernah suatu hari sampai kpd beliau pemberian drp Mu’awiyah sebanyak lapan puluh ribu (dinar/dirham). Belum sampai ke petang tidaklah harta itu berbaki walaupun satu dirham. Lalu berkata jariyah beliau; “Kenapa puan tidak belikan utk kita daging dgn satu dirham?"
Jawab beliau ;”Kalau anda ingatkan saya terlebih dahulu tadi, nescaya saya akan ambilkan”.
(Drp at Targhib oleh al Hafiz al Munziri)
Jawapan Ustaz Muslim:
Riwayat ibnu Abi Syaibah (المصنف), Abu Daud (الزهد), Hannad (الزهد), Ahmad (الزهد), Abu Nuaim (حلية الأولياء) dan al Tabarani (الزيادات) menyebut angka 70 ribu yang didermakan oleh saidatina Aisyah ra, bukan 50 ribu. Sanad dan lafaz riwayat Ibnu Abi Syaibah daripada Urwah bin al Zubair seperti berikut :
وَكِيعٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ تَمِيمٍ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، قَالَ: كَانَتْ عَائِشَةُ تَقْسِمُ سَبْعِينَ أَلْفًا وَهِيَ تُرَقِّعُ دِرْعَهَا
"kata Urwah : Aisyah pernah membahagikan (menderma) 70 ribu, dan beliau menampal bajunya sendiri "
Sanad riwayat ini bersambung dan perawinya adalah perawi Bukhari dan Muslim (رجال الصحيحين), kecuali Tamim bin Salamah yang merupakan perawi sahih Muslim sahaja.
Kisah ini sering dinukil dalam bab zuhud dan biografi saidatina Aisyah seperti kitab Siyar al A'lam oleh imam al Zahabi dan Sirah sayyidah Aisyah oleh maulana Salman al Nadwi. Ia menggambarkan kehidupan zuhud dan kesederhanaan yang Aisyah ra dipilihnya walaupun mampu untuk hidup mewah. Sama seperti pilihan yang dibuat oleh Rasulullah SAW terhadap dirinya.
Harta yang dilihat sebagai banyak itu sebenarnya merupakan pemberian daripada pemerintah atau dermawan kaya sebagai penghormatan mereka terhadap keluarga nabi SAW. Di antara keluarga nabi SAW, saidatina Aisyah telah mendapat penghormatan yang lebih berbanding isteri baginda SAW yang lain sejak nabi SAW masih hidup lagi. Para sahabat telah memilih pada hari giliran Aisyah untuk memberi hadiah kepada nabi SAW. Kata Urwah :
كَانَ النَّاس يتحرون بهداياهم يَوْم عائشة
Penghormatan berbentuk pemberian ini diteruskan selepas pemergian nabi SAW. Al Zahabi (تاريخ الإسلام) menukil daripada Mus'ab bahawa khalifah sayidina Umar telah menetapkan pemberian 10 ribu kepada isteri isteri nabi SAW. Namun untuk Aisyah, beliau berikan 12 ribu. Begitu juga dengan pemerintah yang lain. Sayidina Muawiyah pernah memberi kepada saidatina Aisyah sebanyak 18 ribu dinar, dan pernah memberi sebanyak 80/100 ribu. Yang mengagumkan ialah, saidatina Aisyah telah menderma kesemua 100 ribu ini segera seperti dinukil oleh Urwah. Riwayat Ummu Zarrah pula menyebut harta yang diberikan oleh ibnu al Zubair bernilai lebih kurang 100 ribu yang diterimanya terus dibahagikan kepada org ramai. Justeru, menderma 70 ribu sekali gus bukanlah sesuatu yang ganjil.
Hal lain yang membuatkan derma saidatina Aisyah dilihat banyak ialah style beliau dalam menderma. Beliau gemar mengumpul harta dahulu sehingga banyak kemudian menderma kesemuanya. Ini diceritakan oleh perawi daripada Aisyah yang masyhur, Urwah bin al Zubair :
الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ الزُّبَيْرِ قَالَ: مَا رَأَيْتُ امْرَأَةً قَطُّ أَجْوَدَ مِنْ عَائِشَة َوَأَسْخَى، كَانَتْ تَجْمَعُ الشَّيْءَ إِلَى الشَّيْءِ، حَتَّى إِذَا اجْتَمَعَ عِنْدَهَا وَضَعَتْهُ مَوَاضِعَهُ، وَأَمَّا أَسْمَاءُ فَكَانَتْ لَا تُمْسِكُ شَيْئًا لِغَدٍ
"al Qasim berkata, aku mendengar ibnu al Zubair berkata : aku tidak pernah melihat wanita yang pemurah daripada Aisyah. Beliau menghimpunkan sesuatu dengan sesuatu, sehingga apabila ia telah terkumpul (banyak), beliau akan meletakkannya (menderma) pada tempat tempatnya. Adapun Asma, beliau tidak akan memegang (menyimpan) sesuatu untuk esok "
Semoga Allah merahmatinya. Wallahualam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Aisyah RA Bersedekah 80,000 Dirham Sedangkan Pakaiannya Bertampal"
Post a Comment