Berkenaan Solat Tahajjud
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
solat tahajud paling ringkas
Surah yg paling ringkas
Jawapan oleh Ustaz اليسع;
1) Sekurang-kurang tahajjud adalah dengan 1 rakaat (Sullam al-Sibyan).
Namun, sunatnya tidak ditinggalkan amalan solat tahajjud setiap malam jika dengan 2 rakaat sekalipun (Sabil al-Muhtadin).
2) Surah paling ringkas adalah Surah al-Kauthar
Wallahu a'lam.
Soalan :
🔴 assalammualaikum wbt...ada satu soalan mengenai solat sunat tahajjud..Jika seseorang itu memang tugas nya berjaga sepanjang malam(bekerja)sampai ke subuh.Apakah boleh ia lakukan solat sunat tahajjud tanpa tidur lebih dahulu?
Bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Jawapan oleh Ustaz Hazrial Bindany:
solat tahajud adalah solat sunat yang dilakukan selepas tidur.
Syeikh Sulaiman Ibn Muhamad ibn Umar al-Bujairimi menyebutkan :
وتهجد- أي: تنفل بليل بعد نوم
قوله: بعد نوم- ولو يسيرا، ولو كان النوم قبل فعل العشاء، لكن لا بد أن يكون التهجد بعد فعل العشاء، حتى يسمى بذلك وهذا هو المعتمد
Ertinya : Dan sunat melaksanakan solat tahajjud, iaitu solat sunat setelah tidur.
Maksud perkataan (setelah tidur) : walaupun tidur sebentar dan tidurnya dilakukan sebelum solat Isyak, tapi solat tahajjud tetap dilakukan setelah solat Isyak. Oleh sebab itulah solat ini disebut solat Tahajjud (tahajjud : tidur di waktu malam) dan inilah pendapat yang Mutamad/kuat.
[Sulaiman Ibn Muhamad ibn Umar Al-Bujairimi, Hasyiyatul Bujairimi ala Syarhil Manhaj, Mathba’ah Al-Halabi, 1369 H., hal. 286 Juz 1 ]
Dari keterangan di atas jelas menunjukkan hanya orang yang tidur ( walaupun sedikit ) yang boleh melakukan solat sunat tahajjud.
Namun begitu banyak lagi solat sunat lain yg boleh dilakukan bg orang yang tak tidur malam kerana bekerja. Dia boleh melakukan witir ( 1-11 rakaat) , solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan juga solat sunat mutlak...
Yg penting ada niat dan kesungguhan untuk menghidupkan malam harinya dgn ibadah..
wallahua'lam.
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Berkenaan Solat Tahajjud"
Post a Comment