Kisah Ukkasyah / Akasyah r.a mmencium perut Nabi s.a.w
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
Kisah ‘Ukkasyah RA mencium perut Nabi SAW disebut oleh ramai pengkritik hadis sebagai hadis palsu seperti al-Hafiz Ibn al-Jawzi, al-Hafiz as-Suyuti, al-Hafiz al-Haithami, al-‘Allamah al-Laknawi dan lain-lain kerana salah seorang perawinya, Abdul Mun'im bin Idris dituduh sebagai seorang pendusta. Maka, status kisah seperti ini perlu ditinggalkan dan mendahulukan kisah-kisah lain yang tidak palsu.
Ada beberapa cerita yg mengisahkan sebahagian para sahabat RA menuntut qisas daripada Nabi SAW walaupun asalnya baginda menyakiti mereka tanpa sengaja. Namun, qisas tidak berlaku, & berlaku sebaliknya kerana cinta mereka kepada baginda SAW. Kisah mencium perut juga berlaku dalam kisah Sawad bin Ghaziyyah RA yang diriwayatkan secara mursal. Juga terdapat riwayat dengan sanad yang lemah seorang lelaki mencium pusat Nabi SAW.
Bagaimanapun, kisah yang paling sahih adalah kisah Usaid bin Hudhair RA, seorang sahabat yang suka berjenaka, yang berjaya mencium pinggang Nabi SAW (HR al-Baihaqi & al-Hakim, katanya: Sahih sanadnya, & disepakati oleh az-Zahabi).
* Kisah ‘Alqamah RA:
Sumber cerita yang hampir sama dgn cerita ‘Alqamah RA sebenarnya tidak menyebut sebarang nama, hanya disebut seorang lelaki sahaja. Nama ‘Alqamah hanya disebut dalam riwayat yang tiada sumber asal. Bagaimanapun, dlm sanad cerita lelaki berkenaan terdapat perawi yang menjadi kontroversi, iaitu Fa'id bin Abdur Rahman..
Berdasarkan kitab2 rijal, Fa'id bin Abdur Rahman adalah perawi yang hampir2 disepakati ditinggalkan (ditolak) hadisnya مجمع على تركه .. Itu kalaulah bukan krn kritikan at-Tirmizi & Ibn 'Adi yang lebih lunak, taraddud Ibn Ma'in, riwayat Hammad bin Salamah daripadanya, pujian al-Hakim pd hadisnya, serta Ibn Syahin menghikayatkan khilaf pendapat mengenainya, di mana Ali bin al-Madini mengatakannya sbg thiqah! Maka, hadis2 Fa'id bin Abdur Rahman sebenarnya bisa saja dikatakan sbg daif atau sgt daif..
Bagi yang mengatakan ianya sekadar daif, tidak mengapa untuk menceritakannya tanpa menyebut namanya sbg ‘Alqamah, atau menyebut: ‘namanya dikatakan ‘Alqamah’ tanpa lafaz jazam (pasti).
والله أعلم
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Kisah Ukkasyah / Akasyah r.a mmencium perut Nabi s.a.w"
Post a Comment