Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Salam ust . Benarkah niat mmpunyai 3 syarat sah .
Qasad
Taa'yyin
Taa'rrudh
Jadi saya hanya beniat solat " usolli fadhu zuhri" / sahaja aku solat fardhu zuhur
Bolehkah begitu ? Saya tdak sbut nilai rakaat dan kerana Allah taala . Sah kah niat itu ?
Jawapan kami;
Wajib menghadirkan 3 perkara dalam niat solat. Disebutkan dalam sebuah nazom;
يا سائلي عن شروط النية
القصد والتعيين والفرضية
"Wahai yang bertanya berkaitan syarat-syarat niat, ia adalah qasad, ta'yin dan fardhiyyah (ta'arrudh)"
Justeru, perinciannya adalah seperti berikut;
- A) Untuk solat fardhu, maka disyaratkan mengandungi 3 elemen utama iaitu;
- Qasad (tujuan) = aku solat
- Fardhiyyah (ta'arrudh)= fardhu
- Ta'yin (penentuan) = zuhur, subuh dan seumpamanya
- B) Untuk solat sunat yang berwaktu (mempunyai waktu tertentu seperti dhuha, witir dan seumpamanya), atau solat sunat yang mempunyai sebab (seperti solat gerhana, istisqa'), maka disyaratkan mengandungi 2 elemen utama iaitu;
- Qasad = aku solat
- Ta' yin = gerhana, witir
- C) Untuk solat sunat mutlaq, maka hanya disyaratkan qasad sahaja seperti contoh; aku solat.
Oleh itu, niat sesuatu solat sah jika memenuhi elemen niat di atas. Adapun meniatkan jumlah rakaat dan 'kerana Allah Taala' adalah tidak wajib.
Wallahu a' lam
Rujukan;
- Hasyiah al-Baijuri
- Hasyiah I'anah al-Tolibin
- Al-Taqrirot al-Sadidah
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Wajib Menghadirkan 3 Perkara Dalam Niat Solat"
Post a Comment