Kenduri Aqiqah



Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

🔴Soalan:


spe2 hok yg tahu bole terang kt kawe d0p
Klu kawe nk ngekah anak..daging tu boleh ke d0p wat jamu untuk knduri kahwin?spe2 hok tahu tu tlg bg pncerahan

🔴Jawapan kami;

Setiap bahagian korban atau akikah sunat, wajib disedekahkan kepada fakir atau miskin walaupun sedikit. Selebihnya harus bagi pemilik bahagian tersebut makan, buat jamuan, hadiah dan sebagainya (Mughni al-Muhtaj 387 & 391/4, Hasyiah al-Baijuri 452 & 456/2). 

Sehubungan itu, jika kenduri majlis akikah itu disatukan dengan kenduri-kenduri yang lain-lain, maka akikah tersebut tetaplah terhasil (sah) cuma ianya kurang afdhal.

Justeru, menurut ulamak mazhab Syafi'i, menyedekahkan daging akikah yang sudah dimasak dan menghantarnya kepada fakir miskin adalah lebih afdhal daripada menjemput mereka makan termasuk dalam bentuk kenduri.

Namun, jika ianya dibuat jamuan dan dijemput orang datang menghadirinya, akikah tetap juga hasil (sah) dan memadai. Dalam ertikata lain hukumnya adalah harus. (Al-Majmuk 410-411/8, Mughni al-Muhtaj 392/4, al-Baijuri 455-456/2).

Selain itu, terdapat juga perkara yang dilarang untuk dilakukan terhadap daging korban/akikah sunat tersebut iaitu;

1) Jual (Hasyiah al-Baijuri 452 & 456/2)

2) Makan semua tanpa disedekahkan walaupun sedikit kepada fakir atau miskin (Mughni al-Muhtaj 387 & 391/4, Hasyiah al-Baijuri 452 & 456/2)

3) Memberi atau menjamu orang kafir (Mughni al-Muhtaj 387 & 391/4, Hasyiah al-Baijuri 451 & 456/2).

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Kenduri Aqiqah"

Post a Comment

Thank you for your comments