Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah
Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)
Soalan:
Assalamualaikum ust.saya nak tanya ada tak hukum yang lebih ringan membenarkan perempuan musafir tanpa mahram melakukan solat jamak dan qasar mmndangkan prjalanan trsebut bukan tujuan maksiat
Jawapan;
Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah
Huraian Tajuk/Isu:
Apakah hukum seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram untuk tujuan ziarah?
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah.
Alhamdulillah fatwanya:
Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan ziarah tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-
1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.
2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.
3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).
4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.
5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah ( boleh dipercayai ) dan solihat.
6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.
7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.
8. Tujuannya untuk ziarah mengeratkan silaturrahim, terutama yang ada hubungan nasab ( keturunan ) atau ziarah orang sakit atau memenuhi jemputan.
9. Perjalanannya ada mempunyai matlamat tertentu yang diharuskan oleh syarak, bukan untuk semata-mata melancong, berkelah atau dalam bentuk suka-suka sahaja.
10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ziarah iaitu pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluann hidup selepas kembali dari ziarah tersebut.
11. Kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya.
12. Dengan perhiasan yang sederhana.
13. Wanita yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia).
14. Bukan dalam 'iddah kematian suami.
15. Undang-undang membenarkannya.
📝by: @Azizkanun
USRAH SOLAT DAN Q&A MSO
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah"
Post a Comment