Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum..

ada soalan mengenai mas kahwin (mahar).. mas kahwin ni ada dalam byk bentuk kan?. kalau dlm bentuk duit, duit tu xbleh diusik oleh sape2... bagaimana pula dengan al-quran?.

adakah terdapat syarat2 tertentu apabila al-quran dijadikan mahar?. maksudnya, wajibkah ke ats suami ajarkan si isteri utk baca al-quran yang diberikan sebagai mahar itu sehingga pandai (jika yg xpandai) @ sehingga khatam?.

adakah dikira sisuami berhutang dgn isteri jika tidak diajarkan membaca alquran itu sehingga habis?. mohon pencerahan..

Jawapan kami;

1) Setiap barang yang berharga (mata benda yang mempunyai nilai) atau bermanfaat harus dijadikan sebagai mahar (al-Baijuri).

2) Hukum menjadikan al-Quran (mushaf) sebagai mahar hukumnya adalah harus kerana ia termasuk dalam benda yang sah dijadikan mahar (al-Baijuri).

3) Yang dimaksudkan dalam hadis riwayat al-Bukhari berkaitan al-Quran dijadikan sebagai mahar adalah; mengajarkan al-Quran kepada isteri bukan semata-mata memperdengarkan bacaannya (Qurrah al-'Ain).

4) Harus menjadikan bacaan al-Quran sebagai mahar jika yang dimaksudkan dengan 'bacaan' itu sebagai mengajar al-Quran atau mengajar surah-surah tertentu kerana ia termasuk dalam perkara yang bermanfaat. Maka ketika itu, suami wajib mengajar isteri tersebut sehingga dia beroleh manfaatnya (Qurrah al-'Ain).

 5) Bacaan al-Quran dengan maksud semata-mata "memperdengarkan bacaan" kepada isteri tidak sah untuk dijadikan mahar (Qurrah al-'Ain).
اليسع
Wallahu a'lam.

USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
📝by:

https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment " "

Post a Comment

Thank you for your comments