Hukum Guna Tangkal
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Ustaz.. sy ada baca dalam buku hikmat ayatul kursi, karangan Ali Zulfikar.. antara pengisian tentang khadam, tangkal & azimat ayat kursi. Mohon pencerahan ustaz.. syukron..
Jawapan kami;
1) Hukum pelajari ilmu khadam boleh dirujuk dalam link di bawah;
http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-mempelajari-ilmu-qadam
2) Hukum menggunakan tangkal
Imam al-Nawawi menyatakan:
روى البيهقي بإسناد صحيح عن سعيد بن المسيب أنه كان يأمر بتعليق القرءان , وقال : لا بأس به , قال البيهقي: هذا كله راجع إلى ما قلنا: إنه إن رقى بما لا يعرف, أو على ما كانت عليه الجاهلية من إضافة العافية إلى الرقى لم يجز وإن رقى بكتاب الله آو بما يعرف من ذكر الله تعالى متبركا به وهو يرى نزول الشفاء من الله تعالى لا بأس به والله تعالى أعلم
"Baihaqi meriwayatkan hadis dengan sanad yang sahih daripada Said bin Musayyab bahawa Said memerintahkan untuk menggantungkan al-Quran dan mengatakan "Tidak mengapa".
Al-Baihaqi berkata: "Ini semua kembali kepada apa yang kita katakan: Bahawasanya apabila ruqyah (jampi) dilakukan dengan sesuatu yang tidak diketahui atau dengan cara jahiliyah maka ia tidak harus.
Apabila ruqyah dilakukan dengan memakai ayat al-Quran atau dengan sesuatu yang diketahui seperti zikir kepada Allah dengan mengharap keberkatan zikir dan berkeyakinan bahawa penyembuhan adalah daripada Allah maka tidak mengapa."(al-Majmuk 9/74).
Sehubungan itu, tidak semua tangkal dan azimat itu dibenarkan oleh syarak. Justeru, terdapat tiga ketentuan yang harus diperhatikan bagi mereka yang ingin menggunakan tangkal atau azimat iaitu;
1. Harus menggunakan Kalam Allah Taala, Sifat Allah, Asma Allah Taala ataupun sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam (doa Nabi).
2. Menggunakan bahasa Arab ataupun bahasa lain yang dapat difahami maknanya (selagimana tidak mengandungi perkara syirik dan dilarang)
3. Menanam keyakinan bahawa ruqyah itu tidak mampu memberikan pengaruh apapun. Bahkan apa yang diinginkan dapat diperolehi hanya kerana takdir dan keizinan Allah Taala. Sedangkan tangkal dan azimat itu hanya sebagai salah satu sebab saja." (Al-Ilaj bi al-Ruqa min al-Kitab wa al-Sunnah, 82-83).
Wallahu a'lam
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Hukum Guna Tangkal"
Post a Comment