Nafkah dan Hak Penjagaan Anak Selepas Cerai




Dari Group Fiqh Akhwat MSO D18 - 
Perkongsian Ustaz اليسع

Soalan:


Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya, sekiranya penceraian berlaku bukan kehendak suami (isteri yg mintak cerai). Adakah suami kena tanggung nafkah isteri?
Bagaimana pula dengan hak penjagaan anak2?

Jawapan kami;

1) Wanita yang ditalak raj`ie (sama ada hamil atau tidak) dan yang ditalak bain jika dia hamil wajib diberikan nafkah oleh suami dalam tempoh iddahnya (al-Muktamad 266/4).

2) Hak penjagaan anak-anak adalah berdasarkan akta/enakmen undang-undang keluarga Islam negeri masing-masing.

Disebutkan dalam seksyen 81, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) memperuntukkan ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. Seksyen 81 (1) memperuntukkan;

"Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan."

Sekiranya Mahkamah mendapati bahawa ibu telah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak untuk mendapatkan hak hadanah, maka hak itu akan berpindah kepada salah seorang kaum kerabatnya mengikut susunan keutamaan sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 81 (2) Akta 303:

"Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadaphadanah atau jagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-

(a)                nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;

(b)               bapa;

(c)                nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;

(d)               kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(e)                kakak atau adik perempuan seibu;

(f)                kakak atau adik perempuan sebapa;

(g)               anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(h)               anak perempuan dari kakak atau adik seibu;

(i)                 anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;

(j)                 ibu saudara sebelah ibu;

(k)               ibu saudara sebelah bapa;

(l)                 waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari:

Dengan syarat jagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu (Wilayah Persekutuan 1984, seksyen 81 (1)

Wallahu a'lam.

0 Comment "Nafkah dan Hak Penjagaan Anak Selepas Cerai"

Post a Comment

Thank you for your comments