Dua Aspek Utama Solat Dukung Bayi
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Assalamualaikum
Mohon penjelasan tentang solat sambil dukung bayi. Bolehkah berlaku banyak pergerakan dlm solat.
Jawapan kami;
Untuk menentukan kedudukan solat sambil dukung bayi, maka ia perlu dilihat daripada dua aspek utama iaitu;
1) Pergerakan
Batal solat sekiranya seseorang yang solat bergerak 3 kali berturut-turut walaupun dalam keadaan lupa. 3 pergerakan tersebut adalah merujuk kepada anggota badan yang besar seperti tangan, kaki, kepala dan rahang. Adapun anggota badan yang kecil seperti jari jemari, kelopak mata, bibir tidak termasuk dalam 3 pergerakan yang membatalkan solat, selagimana tiada tujuan bermain-main ketika solat (Nail al-Raja’).
2) Najis
Sekiranya diyakini terdapat najis pada bayi yang didukung, maka batal solat. Namun, jika tidak diyakini bayi tersebut ada najis ataupun tidak, maka solat sah (al-Qalyubi, al-Bujairimi, Fath al-'Allam).
Justeru, jika perbuatan mendukung bayi tersebut tidak melibatkan pergerakan yang membatalkan solat dan bayi yang didukung itu suci, maka solat tersebut sah.
Wallahu a'lam.
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Dua Aspek Utama Solat Dukung Bayi"
Post a Comment