Syarat Sah Solat


Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz ,, sy ada soalan nk tanya . . .ada seseorang tu dah banyak melakukan dosa , tp dia tak tinggal solat . .hari2 dia solat . .soalan sy , sah tak solat dia sedangkan dia masih belum bertaubat nasuha? .mohon pencerahan ☺️ .

Jawapan kami;

Sah solatnya jika memenuhi syarat sah solat yang lapan iaitu;

1) Masuk waktu solat
2) Mengadap kiblat
3) Suci daripada hadas besar dan kecil
4) Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
5) Menutup aurat
6) Mengetahui kewajipan solat
7) Tidak meyakini sesuatu rukun solat sebagai sunat
8) Menjauhi perkara-perkara yang membatalkan solat (Safinah al-Naja).

Justeru, taubat nasuha tidak termasuk dalam syarat sah solat.

اليسع

Wallahu a'lam.

USRAH SOLAT DAN Q&A MSO
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Syarat Sah Solat"

Post a Comment

Thank you for your comments