Isu Riwayat al-Hasan al-Basri Daripada Saidina ‘Ali RA




Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith 

Soalan:

Apakah pandangan ust mengenai dakwaan tidak mendengarnya Imam Hasan al-Basri kpd Sayyidina Ali?
Maksudnya Imam Hasan al-basri tidak pernah berjumpa dengan Sayyidina Ali?

Jawapan Ustaz Khafidz Soroni:

Isu riwayat al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA ini sudah lama menjadi perbahasan di kalangan ulama hadis. Sebagaimana pihak yang mengatakannya tidak sahih telah menolak berdasarkan dalil-dalil, maka begitu juga pihak yang mengatakannya sahih telah menyabitkannya berdasarkan dalil-dalil juga.

Perbincangannya dapat dirujuk kepada kitab2 spt:
1.  kitab (إتحاف الفرقة برفع الخرقة) oleh al-Hafiz al-Suyuti (lihat al-Hawi, 2/191).
2.  kitab (البرهان الجلي في تحقيق انتساب الصوفية إلى علي) oleh al-Hafiz Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari (hlm. 181),
3.  kitab (در السحابة في صحة سماع الحسن البصري من جماعة من الصحابة) oleh  Syeikh Ahmad Abu al-Khair al-Ahmadi al-Makki dan sebagainya.

Al-Hafiz al-Suyuti menyebut, pendapat yg mengatakan riwayat al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA itu sahih adalah pendapat yg rajih. Kata beliau: "Ia juga telah dirajihkan oleh al-Hafiz Dhiya’uddin al-Maqdisi dalam kitab al-Mukhtarah”.

al-Hafiz Ahmad al-Ghumari telah mngkritik Syeikh Ibn Taimiyyah kerana mendakwa ulama telah bersepakat bahawa al-Hasan al-Basri tidak pernah berjumpa dengan Saidina ‘Ali RA. Sedangkan terdapat sebahagian ulama yang berpendapat al-Hasan al-Basri pernah melihat Saidina ‘Ali RA, antaranya seperti yang dinukilkan oleh Ibn Abi Hatim dalam kitab al-Marasil daripada Abu Zur'ah dan 'Ali bin al-Madini. Ia juga pendapat Ibn al-'Arabi, az-Zahabi, Dhiya’uddin al-Maqdisi, Ibn al-Jazari, al-Barzali dan lain-lain. Apatah lagi pendapat para masyayikh sufiyyah.

Terdapat dalil-dalil yg menunjukkan ihtimal kuat/ kemungkinan besar al-Hasan al-Basri pernah mendampingi Saidina ‘Ali RA. Ini kerana semasa zaman al-Khalifah 'Uthman RA beliau sudah remaja belasan tahun yg sudah tentu menemui ramai sahabat2 Nabi SAW dan menimba ilmu daripada mereka. Kata beliau:
عن الحسن البصري رضي الله عنه قال: "كنتُ أدخل بيوتَ أزواج النبي  في خلافة عثمان بن عفان، فأتناول سقفها بيدي". أخرجه البخاري في الأدب المفرد (برقم 450) وأبو داود في مراسيله (برقم 468)، بسند صحيح.
"Aku pernah masuk ke rumah isteri-isteri Nabi SAW di masa pemerintahan 'Uthman bin 'Affan RA, maka aku dapat mncapai bumbungnya dengan tanganku”. (HR al-Bukhari dlm al-Adab al-Mufrad dan Abu Dawud dlm al-Marasil dgn sanad sahih)

al-Hafiz Ahmad al-Ghumari turut menyabitkan 10 hadis yg diriwayatkan oleh al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA. Selain drp satu riwayat sama', satu riwayat musafahah, dua riwayat mujalasah dan satu riwayat solat berimamkan Saidina ‘Ali RA.

Hujah2 selanjutnya boleh dirujuk kepada kitab beliau, tanpa menafikan adanya kritikan2 drp pihak yg menolaknya. Namun, tidak sedikit ulama yg berpendapat bhw riwayat al-Hasan al-Basri daripada Saidina ‘Ali RA itu adalah sahih berdasarkan himpunan kesemua dalil2 yg dinyatakan. Menurut kaedah usul; org yg menyabitkan perlu didahulukan ke atas org yg menafikan.

Wallahu a'lam.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Isu Riwayat al-Hasan al-Basri Daripada Saidina ‘Ali RA "

Post a Comment

Thank you for your comments