Status Hadith : Maka tiada keberkahan untukku pada hari itu



Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Soalan:

salam masyaikh mohon maaf ganggu. Nak mohon respon maksud Hadith:
" Apabila aku didatangi oleh suatu hari dan aku tidak bertambah ilmuku pada hari itu yg dapat mendekatkan diriku kepada Allah Azza wa Jalla, maka tiada keberkahan untukku pada hari itu."

Jawapan Ustaz Muslim:

Al hakam bin Abdullah ini dinilai dengan teruk oleh ulama (ذاهب، منكر الحديث، يكذب،  متروك، ضعيف لا يحدث عنه), namun tak semuanya menilai pendusta. Mungkin sebab itu al Zahabi menyatakan  al Hakam 'متهم' (dituduh berdusta).

Imam al Iraqi, al Sakhawi dan al Ajluni hanya menyebut dhaif atau sanad yang dhaif. Imam Araqi menyedari penilaian ini dan mengulas: اقتصر العراقي على تضعيفه.

Manakala ibnu Adiy dan al Suri menilainya mungkar

Melihat kepada penilaian tersebut, Hadis ini berkisar antara sangat dhaif atau palsu jika meraikan tuduhan pendusta dan bersendirian al Hakam. Ada riwayat lain melalui Abu Salamah tetapi statusnya lebih kurang atau lebih teruk dari al Hakam. Wallahualam


🔵Jawapan ustaz khafidz soroni:

جميل

Hadis:
إذا أتى عليّ يوم لا أزداد فيه علماً يقربني إلى الله فلا بورك لي في طلوع شمس ذلك اليوم.
HR at-Tabarani dlm al-Awsat, Abu Nu'aim dlm al-Hilyah, Ibn 'Adi dlm al-Kamil, Ibn ‘Abdil Bar dan al-Khatib al-Baghdadi drp ‘A’isyah RA.

Trdapat dua pandangan ulama ttg hadis ini:
1.  Ulama yang mengatakannya palsu: Ibn al-Jawzi dlm al-Mawdu'at. Kata as-Suri: "Ini hadis munkar yang tiada asal baginya drp az-Zuhri…”. al-Haithami membawakan pendapat Abu Hatim bahawa al-Hakam bin 'Abdullah adalah pendusta. al-Munawi juga cenderung mengatakannya palsu.

2.  Ulama yang mengatakannya tidak palsu: Ibn 'Adi menyebut: "Hadis yg munkar matannya”. Kata Abu Nu'aim: "Gharib drp hadis az-Zuhri yang bersendirian al-Hakam meriwayatkannya.” As-Suyuti mengisyaratkannya sbg daif dlm al-Jami‘ as-Saghir. Al-'Iraqi dlm Takhrij al-Ihya’ hanya mengatakan sanadnya daif. Demikian juga diikuti oleh as-Sakhawi dlm al-Maqasid, al-‘Ajluni dlm Kasyf al-Khafa’ dan Ibn 'Arraq dalam Tanzih as-Syari'ah.  

Az-Zabidi dalam Ithaf as-Sadah pula membawakan hadis penyokong katanya:
ويشهد لهذا الحديث ما أخرجه الديلمي في الفردوس عن علي مرفوعاً بسند ضعيف: من استوى يوماه فهو مغبون، ومن كان آخر يوميه شراً فهو ملعون، ومن لم يكن على الزيادة فهو في النقصان.
“Dapat menyokong hadis ini hadis yg dikeluarkan oleh ad-Dailami dlm al-Firdaus drp ‘Ali RA secara marfu‘ dgn sanad daif: Sesiapa yang sama dua harinya (semalam dan hari ini), maka dia adalah orang yang rugi. Sesiapa yang akhir dua harinya pula (hari ininya atau pun hari esoknya) lebih buruk, maka dia adalah orang yang dicela. Sesiapa yang tidak dalam pertambahan, maka dia berada dalam kekurangan”.

Ulama yg mengatakan palsu di atas adalah disebabkan kedudukan al-Hakam yg sangat berat daifnya. Namun, as-Suyuti dlm al-La’ali’ al-Masnu'ah ada mmbawakn jalur riwayat lain drp Abu Salamah al-Himsi drp az-Zuhri. Maka, al-Hakam sebenarnya tidak bersendirian meriwayatkannya drp az-Zuhri. Sekurang2nya ia dapat menyokong ulama yg mengatakannya daif sahaja, bukan palsu. Melainkan sekiranya Abu Salamah al-Himsi itu ialah Abu Salamah al-'Amili yg juga sangat berat daifnya, maka hadis tsb tetap daif jiddan atau palsu..

Jika dikatakan tidak palsu, hadis di atas hanya melibatkan tarhib (mmberi ancaman) shj.
Wallahu a'lam.

🔵Ulasan Ustaz Muslim:

Menurut imam ibnu Abdil Bar, makna hadis ini telah diambil oleh Abu al Fath al Busti dan dimuatkan dalam syairnya:

دَعُونِي وَأَمْرِي وَاخْتِيَارِي فَإِنَّنِي ... بَصِيرٌ بِمَا أُبْدِي وَأُبْرِمَ مِنْ أَمْرِي
إِذَا مَا مَضَى يَوْمٌ وَلَمْ أَصْطَنِعْ يَدًا ... وَلَمْ أَقْتَبِسْ عِلْمًا فَمَا هُوَ مِنْ عُمْرِي

Abu al Fath merupakan penyair yang terkenal pada waktu tersebut dan dipuji kebagusan syair oleh ulama dalam kitab biografi seperti سير أعلام النبلاء, تاريخ نيسابور dll. Beliau yang juga guru kepada beberapa ulama seperti imam al Hakim, al Sabuni telah berguru dengan ulama hadis yang masyhur seperti Abu Hatim bin Hibban.

Cuma beliau tidak menyandarkan kepada Nabi SAW. Mungkin itu lebih baik atau menggunakan lafaz tamridh / dhaif seperti kata ustaz khafiz. Wallahualam.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment " Status Hadith : Maka tiada keberkahan untukku pada hari itu"

Post a Comment

Thank you for your comments