Jenis Lafaz Talak
Group Fiqh Akhwat (Muslimah) : MSO-D18
Soalan:
Saya ade satu soalan untuk kepastian mengenai status saya.
Suami saya ada berkata " telefon lah adik kamu mari ambil kamu, angkut kain baju pergi rumah dia, aku dah tak sabar dengan kamu, ikhlas ni aku cakap dan sungguh2 ni"
Apa status saya, adakah jatuh talak ke atas saya atau tidak..ape yg patut saya lakukan..
sah atau tak status saya sbgai seorg isteri.. Masih lagi status isteri atau bgaimana.. skrang saya msih tinggal dengan suami dan hidup sebagai suami isteri selayaknya..
Syg bimbang akan status saya.. Kalau dah jatuh talak, saya perlu keluar segera dari rumah tersebut atau bagaimana.. Tolong laa ustaz.. Perlu huraian segera..
Kalau saya bersama dikira apa...
Jawapan Kami:
Disebutkan didalam mana2 kitab feqh bahawa lafaz talak itu ada dua jenis;
1. Soreh, iaitu lafaz yg jelas tanpa perlu kepada niat. Tiga lafaz sahaja yang tidak perlu kpd niat, iaitu talak, firaq dan sarah [طلاق، فراق، سراح]
2. Kinayah, iaitu lafaz kiasan selain lafaz d atas yang perlu kpd niat suami utk menjatuhkan talak seperti kamu sudah haram ke atas ku, kamu sudah , kamu sudah jauh dariku. Semua lafaz2 kinayah yang diucapkan suami tidak akan jatuh talak kecuali dengan niat dari pihak suami yang melafazkannya utk menjatuhkan talak.
Kesimpulan
Dalam suasana puan ini, ianya bergantung kepada suami yang mengucapkannya. Samada bermaksud niatnya menceraikan puan atau sekadar meleoaskan kemarahannya semata2. Tapi bila melihat beliau hidup dengan puan seperti biasa dan masih menggauli puan, bermaksud dia ketika mengucapkannya bukan bermaksud menceraikan puan. Atau puan boleh bertanyakan kpd suami secara langsung utk memastikan akan niatnya, samada niat beliau memang mahu menceraikan puan atau sebaliknya.
Wallahu a’lam
Rujukan: al Iqna’ jilid 2: hlm 99. Cetakan Mustafa al Halabi
Oleh Ustaz Aziz
📝 @azizkanun
0 Comment "Jenis Lafaz Talak"
Post a Comment