Perkara yang wajib mandi




Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)

🔴Soalan:

Assalamualaikum

🅰Saya nak tanya betul ka hari- hari kita kena mandi wajib...??

☎️walaupun tidak dalam keadaan yg membolehkan kita mandi wajib...

☎️tolong berikan penjelasan sebab ada kawan saya kata kita kena mandi wajib hari2 sebab kadang kita tak sedar ada cecair yg keluar daripada badan kita yg mewajibkan kita mesti mandi wajib

🔴Jawapan:

Perkara yang wajib mandi adalah 👇

1) Memasukkan hasyafah ke dalam faraj
2) Keluar mani
3) Keluar haid
4) Keluar nifas
5) Wiladah (keguguran@kelahiran)
6) Meninggal dunia

Selain daripada 6 perkara ini tidak wajib mandi.

Rujukan;
Safinah al-Naja

🔴 Soalan

boleh ke 2 perkara wajib mandi hadas besar disekalikan?

🔴Jawapan;

Disebut oleh Ibn Ruslan;

وإن نوى فرضا ونفلا حصلا
أو فبكل مثله تحصلا

"Sekiranya dia niatkan sesuatu (mandi) wajib serta sesuatu (mandi) sunat, hasillah kedua-duanya. Atau dia niatkan setiap mandi yang seumpamanya (mandi wajib dengan mandi wajib), terhasillah."

Kesimpulannya adalah seperti berikut;

1) Mandi wajib dengan mandi wajib yang lain boleh dihimpunkan dalam satu mandian dengan satu niat

2) Mandi sunat dengan mandi sunat yang lain boleh dihimpunkan dalam satu mandian dengan satu niat

3) Mandi wajib dan mandi sunat mestilah diniatkan setiap satunya (niat mandi wajib serta mandi sunat) jika ingin disekalikan dalam satu mandian (al-Taqrirot 118).

Wallahu a'lam.

📝by: @AbuMuhd

USRAH SOLAT DAN Q&A MSO
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

0 Comment "Perkara yang wajib mandi"

Post a Comment

Thank you for your comments