Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ Ustaz ;
Scenario:
Sekiranya saya berMusafir ke P.Pinang, bertolak pagi Jumaat dr KL, tiba di Ipoh masa tengahari sempat singgah solat Jumaat jemaah di Ipoh...
Soalan:
1. boleh kah slps Solat Jumaat itu saya terus solat Jamak Qasar utk Asar ?...
2. Bagaimana lafaz niat ketika Solat Jumaat utk Jamak dengan asar
3. Bila telah tiba di P.Pinang, blh tak saya solat Maghrib berJemaah tapi dgn niat Jamak dan slps solat Maghrib tersebut terus sambung utk Jamak Qasar Isyak...
Jawapan kami;
1) Harus melakukan jamak taqdim jumaat dan asar (sama ada secara qasar atau tamam)(Nihayah al-Muhtaj).
2) Lafaz niatnya adalah;
أُصَلِّي فَرْض َالجمعة رَكَعَتين مأموما مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
"Sahaja aku solat fardu Jumaat 2 rakaat menjadi makmum dihimpunkan solat Asar kepadanya secara jamak taqdim kerana Allah Taala."
Justeru, jamak taqdim mestilah diniatkan ketika solat yang pertama. Manakala niat untuk solat qasar pula, mestilah diniatkan ketika takbiratul ihram (al-Baijuri).
3) Harus sekiranya anda tidak niat bermukim di sana (al-Baijuri).
Wallahualam
Oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Jamak Solat Jumaat dengan Asar"
Post a Comment