Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)
Soalan:
Salam nk tya ujung jari kena potong dgn pisau darah kuaq byk dan dh bubuh ubat dan sgt sakit dan pedih mcm mana nk ambik wuduk
Jawapan kami;
Bagi luka yang tidak memerlukan pembalut, maka keterangannya adalah seperti berikut;
1. Jika luka tersebut boleh kena air, maka wajib dilalukan air ketika berwuduk seperti biasa.
2. Jika luka tersebut tidak boleh kena air kerana takut mudarat, lambat sembuh dan sebagainya, maka;
- a) wajib basuh anggota wuduk yang tidak luka/tidak sakit, kemudian
- b) tayammum bagi menggantikan anggota wuduk yang tidak boleh kena air. Namun, debu tayammum tersebut mestilah dilalukan kepada tempat sakit itu setakat mana yang mampu.
Walaubagaimanapun, tayammum wajib diulang bagi setiap solat fardhu, sekalipun dia tidak berhadas. Sementara anggota-anggota wuduk yang lain (tidak sakit) tidak wajib dibasuh kecuali apabila berhadas. Selain itu, solat tidak perlu diqadha'
(al-Baijuri 145/1, al-Taqrirot 154, al-Fiqh al-Manhaji 69/1).
oleh Ustaz اليسع
Wallahu a'lam.
USRAH SOLAT DAN Q&A MSO
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Berwudhu' Ketika Luka"
Post a Comment