Zakat Yang Masih Dibawah Tanggungan
Dari Group Telegram MSO-D16 : Muamalat dan Ekonomi Islam
🔴 Soalan:
boleh x kita bayar zakat kepada adik2 yg masih sekolah?
Jawapan kami;
Tidak harus memberikan zakat kepada orang yang di bawah tanggungan nafkah kita seperti anak ke bawah iaitu cucu, ayah ke atas iaitu datuk dan juga kepada isteri. Ini kerana, jika mereka susah mereka sepatutnya menerima nafkah bukannya zakat (al-Fiqh al-Manhaji 325/1).
Oleh yang demikian, zakat boleh diagihkan kepada saudara mara yang tidak wajib dinafkahi seperti abang, adik, bapa saudara dan emak saudara. Pemberian kepada saudara mara lebih utama kerana ia mendapat pahala sedekah dan menghubung silaturrahim (Abdullah Nasih 'Ulwan, al-Ahkam al-Zakah 'ala Dhau'i al-Mazahib al-'Arba'ah, Kaherah, Dar as-Salam, hal. 77)
Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Salman bin ‘Amir, Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ الصَّدَقَةَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الرَّحِمِ اثْنَتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ
“Sesungguhnya sedekah kepada orang miskin pahalanya satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat pahalanya dua; iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim.”(al-Nasaei no. 2582, al-Tirmizi no. 658, Ibn Majah no. 1844).
اليسع
Wallahu a'lam.
0 Comment "Zakat Yang Masih Dibawah Tanggungan"
Post a Comment