Hukum Menyusukan Anak Angkat



Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)

Soalan:

🌸🌸assalammualaikum
sy ade  ambik sorg ank angkat lelaki . da sthn  4 bulan..
1-cmne sy nk pastikan dia menyusu 5 kali kenyang?
2-bleh ke sy perah susu dan masukkan dlm botol?
3-bleh x susu perahan cmpur sedikit dgn  susu yg dia mnum skrg?
mohon pencerahan. terima kasih



✏️✏️✏️Jawapan:

💐💐Waalaikumussalam wbt.....


1⃣ Disebutkan dalam Hasyiah al-Baijuri (salah sebuah kitab mazhab Syafi'i yang masyhur);

"5 kali susuan yang berasingan. Ukuran penyusuan tersebut adalah berdasarkan uruf..."

"(Ukurannya berdasarkan uruf) diambilkira (dalam setiap susuan tersebut) iaitu; sekalipun tempoh penyusuan tersebut terlalu lama atau terlalu singkat, sekalipun dalam setiap penyusuan tersebut tidak terhasil melainkan setitik. Maka TIDAK disyaratkan mesti kenyang dalam setiap penyusuan itu."

Disebutkan dalam al-Miftah li Bab al-Nikah;

"Ukuran 5 kali susuan (yang berasingan) tersebut adalah berdasarkan uruf sekalipun tidak mengenyangkan."

Justeru, di antara perkara yang disyaratkan dalam bab ibu susuan adalah;

👉🏻 disyaratkan 5 kali susuan secara berasingan menurut uruf

 👉🏻 setiap penyusuan tersebut tidak disyaratkan mesti mengenyangkan bayi

2⃣ Boleh

3⃣ Diambilkira juga susuan tersebut jika sekira-kira masih kekal rasanya, warnanya atau baunya (al-Baijuri 265/2).

Boleh rujuk 👇 dgn klik link👇:

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat

Wallahhua'lam bissawab

By: Asatizah Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

0 Comment "Hukum Menyusukan Anak Angkat"

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.
Thank you for your comments

Loading...