Kalimah الله tidak pernah dipernamakan kepada sesiapa pun selain الله .



Dari Group Aqidah ASWJ - MSO D21 - Perkongsian Ustaz اليسع


👉🏻 Dalam Matan Fath al- Mu'in  muka surat 18 dicetak bersama "Hasyiah I'anah al-Tolibin" juzuk 1.

ولم يسم به غيره ولو تعنتا

"Dan tidak pernah dinamakan dengan  الله kepada selain  الله , sekalipun dengan cara bersungguh-sungguh mencubanya."


👉🏻 Pengarang Hasyiah I'anah al-Tolibin di halaman yang sama pula memberi komentar: 

"Bahkan Dia menamakan DiriNya dengan  الله sebelum Dia memperkenalkan Dirinya kepada makhlukNya. Kemudian Dia menurunkan nama itu kepada Nabi Adam alaihis salam, agar Adam memperkenalkannya kepada umat beliau.

Hal ini telah ditunjukkan oleh ayat al-Quran;

...هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
[Surah Maryam 65]

"...adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?".

Iaitu 'adakah engkau tahu (wahai Muhammad) bahawa terdapat sesiapa pun selain Allah telah dipernamakan dengan nama tersebut (الله)?

 👉🏻 Kalimat هل di sini adalah kalimat Istifham al-Inkari- bermaksud  pertanyaan yang maknanya mengingkari atau menafikan kewujudan perkara yang ditanya. INTAHA

⚡️⚡️🔥 Diriwayatkan bahawa seorang perempuan telah menamakan anaknya dengan nama الله,  lalu turunlah petir membakarnya.

والله أعلم

Klik link ini untuk join group Aqidah ASWJ MSO-D21:

https://telegram.me/aqidah_Islam

0 Comment "Kalimah الله tidak pernah dipernamakan kepada sesiapa pun selain الله ."

Post a Comment

Thank you for your comments