Makruh Duduk Atas Kubur
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
📥📥📥📥📥📥
🌸🌸🌸
Assalamualaikum ya ukhti
Apakah hukum duduk di atas kubur?
💐💐💐
✏️✏️✏️
Wa'alaikumusalam wbt.
⏩ Jumhur ulama berpendapat hukumnya haram duduk di atas kuburan dan memijaknya dikhususkan bagi kuburan orang muslim.
⏩. Ini kerana seorang muslim itu mempunyai kehormatan baik sewaktu dia masih hidup maupun telah meninggal. Adapun kuburan orang kafir, maka tidaklah termasuk dalam lingkungan larangan ini.
⏩ Adapun jika seseorang ingin duduk, maka hendaklah ia memilih tempat selain di atas kubur.
📝 Telah shahih sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam akan larangan tersebut sebagaimana sabdanya :
لأن يجلس أحدكم على جمرة فتحرق ثيابه فتخلص إلي جلده خير له من أن يجلس على قبر
👉“Lebih baik salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api hingga membakar pakaian dan kulitnya daripada duduk di atas kubur”
(HR. Muslim no. 971 dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu).
Wallahu'alam bissawab.
Betul ke pernyataan di atas? Mohon pencerahan ustaz ikut mazhab Syafie....t.k
Jawapan kami;
Berdasarkan nas-nas Imam al-Syafi’i dan para ashab, bahawa mereka telah bersepakat melarang daripada duduk di atas kubur berdasarkan hadis riwayat Muslim tersebut. Namun, menurut pernyataan Imam al-Syafi’i di dalam kitab al-Um dan majoriti para ashab dalam semua jalur periwayatannya menyatakan bahawa larangan tersebut adalah merujuk kepada hukum MAKRUH untuk duduk di atas kubur dan yang dikehendaki dengan hukum makruh tersebut adalah makruh tanzih sepertimana ianya masyhur digunapakai oleh para fuqaha’(al-Majmuk).
Justeru, hukum duduk di atas kubur menurut mazhab Syafi’i adalah makruh (Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj dan Mughni al-Muhtaj)
Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi;
لَأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتَحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ
“Sekiranya seseorang kamu duduk di atas bara api yang membakar pakaiannya dan menyentuh dan menghanguskan kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur.”
Disebutkan di dalam Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj dan Mughni al-Muhtaj, larangan “duduk di atas kubur” sepertimana yang disebutkan dalam hadis di atas ditafsirkan oleh para ulamak mazhab Syafi’i dengan duduk untuk qadha’ hajat (buang air besar dan air kecil). Sehubungan itu, duduk di atas kubur untuk qadha’ hajat hukumnya adalah haram berdasarkan ijmak dan itulah yang dikehendaki oleh hadis di atas.
Wallahu a'lam
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Makruh Duduk Atas Kubur"
Post a Comment