Status Hadith "Keberkatan Dapat Anak Sulung Perempuan"


Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Soalan:

Apakah status hadith "Diberkati jika anak sulungnya perempuan"?

Penerangan oleh Ustaz Muslim:

Mungkin matan hadis yang dimaksudkan ialah

من يمن/بركة المرأة تبكيرها بالأنثى.
"Di antara keberkatan wanita ialah memulakan (kelahiran) dengan anak perempuan"

Hadis ini diriwayatkan daripada sahabat Wathilah bin al Asqa' oleh al Dailami, ibnu Mardawaih (التفسير) dan al kharaithi (مكارم الأخلاق), dan daripada saidatina Aisyah oleh Abu al Sheikh dengan sanad yang sangat daif. Antara yang mendaifkan hadis ini ialah imam al Sakhawi (المقاصد الحسنة) , Sayuti (dlm. كشف الخفاء) dan dimuatkan dalam kitab kitab hadis palsu kerana ibnu Jauzi menilai palsu. Namun terdapat setengah mereka seolah olah tidak bersetuju dengan penilaian ibnu Jauzi.

Wallahualam.

Walaupun begitu, secara umumnya keberkatan anak perempuan memang ada dalam hadis lain yang banyak dan sahih.

Berkenaan dengan riwayat Aisyah yang lebih masyhur, matan hadis mengenai keberkatan wanita tidak menyebut tentang faktor anak sulung perempuan. Matan hadis riwayat Aisyah berbunyi :

"إن من يمن المرأة تيسير خطبتها، وتيسير صداقها، وتيسير رحمها"

"Di antara keberkatan wanita, mudah meminangnya, mudah maharnya dan mudah rahimnya (beranak)"

Hadis ini diriwayatkan oleh imam Ahmad (المسند), ibnu Hibban (صحيحه), al Hakim (المستدرك), al Baihaqi (السنن) dalam lainnya. Kata al Iraqi : sanadnya baik. Dinilai sahih oleh al Hakim berdasarkan syarat Muslim dan dipersetujui oleh al Zahabi. Juga diletakkan oleh ibnu Hibban dalam sahihnya.

Mengenai maknanya, Matan hadis bab merujuk kepada anak Sulung perempuan dan keberkatan ibunya. Jika melihat hadis lain yang sahih, tiada sebutan khusus untuk kebaikan anak perempuan nombor berapa, bahkan semua anak perempuan berkat kepada ibu bapanya. Sulung atau bongsu. Justeru, Mungkin matan hadis bermasalah. Tapi jika diambil kira susunan Quran, Allah sebut lahir anak perempuan dulu. Hal ini turut disebut dalam riwayat hadis yang lengkap seolah olah berdalilkan dengan ayat ini secara tidak langsung.

عن واثلة بن الأسقع قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مِنْ بَرَكَةِ الْمَرْأَةِ تَبْكِيرُهَا بِالْأُنْثَى، أَمَا سَمِعْتَ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ: {يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ} فَبَدَأَ بِالْإِنَاثِ قَبْلَ الذُّكُورِ

"Daripada keberkatan wanita ialah memulakan (kelahiran) dengan anak perempuan. Tidakkah anda mendengar Allah swt berfirman : "(Allah) mengurniakan kepada yang dia kehendaki anak perempuan, dan mengurniakan kepada yang dia kehendaki anak lelaki.". Dia (Allah) memulakan dengan anak perempuan sebelum anak lelaki"

Mungkin ayat ini isyarat tidak langsung kepada turutan anak tapi pendalilan begini untuk kesahan makna masih longgar bagi setengah orang. Nukilan bahawa terdapat ulama atau salaf yang berpegang dengan keberkatan pada turutan anak begini juga tidak dapat dipastikan.

Wallahualam

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Status Hadith "Keberkatan Dapat Anak Sulung Perempuan""

Post a Comment

Thank you for your comments