Sujud Syukur Mazhab Syafie

Gambar dari buku Ensiklopedia Solat (Telaga Biru)



Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Sujud syukur wajib tutup aurat ke,kene ade wuduk ke, kalau wanita yg sedang haid boleh ke melakulannye???

Jawapan kami;

1) Wajib menutup aurat ketika melakukan sujud syukur sepertimana hukum sujud tilawah (Minhaj al-Tolibin, Asna al-Matolib 406/1).

 2) Sujud syukur wajib dilakukan dalam keadaan berwuduk sepertimana sujud tilawah (Minhaj al-Tolibin, Asna al-Matolib 406/1).

3) Wanita haid haram dan tidak sah melakukan sujud syukur (Asna al-Matolib 137/1).

Soalan:

as salam ustaz, sy nak tanya mcmmana nak buat sujud syukur? Dan berapa rakaat? Bila masa yg sesuai?

Jawapan kami;

Cara Melaksanakan Sujud Syukur

Sujud syukur boleh dilaksanakan dengan memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Rukun sujud tilawah dan sujud syukur di luar solat adalah;

1) Niat
2) Takbiratul ihram
3) Sujud SEKALI
4) Tomakninah semasa sujud
5) Duduk
6) Salam
7) Tertib
(Al-Taqrirot al-Sadidah).

Justeru, sujud syukur tidak mempunyai rakaat tertentu. 

Manakala syarat-syarat sujud syukur pula adalah sepertimana syarat melakukan sujud tilawah (melainkan sujud syukur tidak harus dilakukan di dalam solat). Manakala syarat-syarat sujud tilawah adalah sama seperti syarat-syarat melakukan solat (Minhaj al-Tolibin).

Sujud syukur hanya dilakukan di luar solat. Ia tidak harus dilakukan di di dalam solat. Sehubungan itu, terdapat 4 sebab yang dianjurkan untuk melakukan sujud syukur iaitu;

1) Datangnya nikmat secara mendadak

2) Terhindar daripada bahaya

3) Melihat orang kena musibah (sebagai tanda syukur tidak ditimpa musibah tersebut)

4) Melihat orang fasiq secara terang-terangan (sebagai tanda syukur terhindar daripada melakukan maksiat tersebut) (Al-Taqrirot al-Sadidah).

Oleh itu, sujud syukur dilakukan sejurus selepas salah satu sebab di atas berlaku. Waktunya luput jika jarak tempoh antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama atau dengan berpaling daripada melakukannya walaupun tempohnya singkat (al-Bujairimi).

Wallahu a'lam.


oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Sujud Syukur Mazhab Syafie"

Post a Comment

Thank you for your comments