Hukum Isteri Menolak Perlawaan Suami


Dari Group Fiqh Akhwat (wanita) MSO-D18:

Soalan:

Dah berumur ni kn bangun solat mlm tp2 mlm dl lbh utama. Bkn nafsu dl diutamakan. Ingat2 hj oi. Nk msuk 50an dh ni!!!
Lg pun mood tk de tp klu bg rm 100 mood cpt dtg. Sorry ye.
Ni kata istri kawan sy ustz dia tk reti nk jwb apa.blh ustz bgi jwpn tk

Jawapan kami;

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَلَمْ تَأْتِهِ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

“Apabila seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidurnya, lalu isteri tidak mendatanginya, sehingga membuatkan suami bermalam dalam keadaan marah kepadanya, maka malaikat melaknatnya hingga ke pagi.” (Riwayat al-Bukhari, no.3237, 5193, Muslim, no.1436).

Imam al-Nawawi mengatakan bahawa laknat daripada malaikat tersebut akan berterusan hingga terbit fajar, sehinggalah suami memaafkan dan isteri tersebut bertaubat atau sehingga isteri melayani suaminya (Syarh Muslim 10/10).

Al-Munawi menjelaskan bahawa hadis ini memberikan petunjuk kepada isteri untuk membantu dan mencari reda suaminya. Hal ini adalah kerana seseorang lelaki lebih sukar menahan syahwat untuk melakukan hubungan intim daripada kaum wanita. Selain itu, salah satu perkara yang paling mengganggu fikiran seseorang lelaki adalah hasrat untuk melakukan hubungan intim dengan isterinya. Oleh kerana itulah seseorang wanita diperintahkan untuk membantu suaminya dalam memenuhikan syahwatnya agar suami dapat fokus dalam beribadah”.(Faidh al-Qadir 1/344).

Namun begitu, ulamak bersepakat mengatakan bahawa terdapat 6 keadaan yang mengharuskan seseorang isteri menolak ajakan suami untuk melakukan hubungan intim iaitu;

1. Ketika haid
2. Ketika nifas
3. Ketika iktikaf
4. Ketika puasa
5. Ketika ihram
6. Ketika dalam tempoh zihar sebelum membayar kafarah (al-Mausuah al-Fiqhiyyah 44/22-44).

Justeru, isteri tidak diharuskan untuk menolak ajakan suami melakukan hubungan intim tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak. Renungilah sabda Nabi sollallaahu ‘alaihi wa sallam:

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّى الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِّى حَقَّ زَوْجِهَا وَلَوْ سَأَلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى قَتَبٍ لَمْ تَمْنَعْهُ

“Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di dalam kekuasaanNya, seseorang wanita tidak akan dikira menunaikan hak Allah sebelum dia menunaikan hak suaminya. Seandainya suami meminta dirinya (untuk digauli) padahal dia sedang berada di atas punggung unta, maka dia (isteri) tetap tidak boleh menegahnya.” (Riwayat Ibn Majah, no. 1853).

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

0 Comment "Hukum Isteri Menolak Perlawaan Suami"

Post a Comment

Thank you for your comments