Adab Dalam Kesempurnaan Solat Berjemaah



Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum

nak tanya, ada srg ust ni bgtau,mengikut pandangan imam al ghazali, dlm slt jemaah, kita mesti tggu imam sempurna rukun dahulu kemudian baru makmum mengikut. Ini baru dapat pahala jemaah. Contohnya kena tggu imam sempurna sujud,baru makmum sujud. Kalau imam sedang dlm perbuatan nak sujud,tetapi makmum pun terus gerak nak sujud juga, maka makmum ini langsung tak dapat pahala jemaah.
Minta pandangan ust. Terima kasih.

JAWAPAN KAMI :

Apa yang dinyatakan oleh ustaz tersebut adalah adab dalam kesempurnaan solat berjemaah. Sememangnya para ulama menyatakan makmum hendaklah tunduk rukuk setelah imam sempurna di posisi rukuk..begitu juga  turun sujud setelah imam sempurna meletak kepala di tempat sujud..

Bergerak rukuk dan sujud serentak dengan imam tidak membatalkan solat, tetapi meluputkan pahala berjamaah.

Perlu difahami luput pahala berjamaah bukan bermaksud tidak dapat pahala berjamaah langsung.. luput di sini bererti tidak dapat pahala menjaga adab dalam pergerakan iaitu makmum sepatutnya tidak bergerak serentak dengan imam.

Imam an nawawi ada meyebutkan satu riwayat yang mafhumnya " para sahabat tidak akan membongkokkan kepala untuk turun sujud sehinggalah mereka melihat baginda sallallahu 'alaihi wassalam telah sempurna sujud "

Perbuatan bergerak sebelum imam sempurna rukun juga dibimbangi akan menyebabkan para makmum mendahului imam. Perbuatan sengaja  mendahului imam adalah ditegah dan haram hukumnya.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

أما يخشى الذي يرفع رأسه قبل الإمام أن يحول الله رأسه رأس حمار

" tidak kah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam merasa bimbang Allah akan mengubah rupanya kepada rupa kaldai"

Rujuk :
القول التام فى احكام المأموم والإمام 

WallaaHu'alam.

📝by: @hazralbindany

USRAH SOLAT DAN Q&A MSO
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment " Adab Dalam Kesempurnaan Solat Berjemaah"

Post a Comment

Thank you for your comments